Malaysia legislation
Section 34
Seksyen 34
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan bagi melaksanakan dengan lebih baik maksud dan peruntukan Akta ini, dan khususnya
46
Undang-Undang Malaysia dan tanpa menyentuh keluasan yang tersebut di atas bagi segala atau mana-mana perkara yang berikut:
(a)
untuk menetapkan standard, komposisi, kekuatan, potensi, ketulenan, kualiti, berat, kuantiti, tempoh penggunaan atau lain-lain sifat bagi apa-apa makanan atau apa-apa ramuan atau komponennya;
(b)
untuk melarang penambahan apa-apa bahan tertentu;
(c)
untuk melarang penambahan apa-apa bahan tertentu lebih daripada kuantiti tertentu akan bahan yang dibenarkan kepada apa-apa makanan;
(d)
untuk mengisytiharkan bahawa apa-apa makanan atau kelas makanan adalah teraduk disebabkan ada dalamnya atau ditambah kepadanya atau dikeluarkan atau ditinggalkan daripadanya apa-apa bahan atau kelas bahan ditetapkan;
(e)
untuk melarang apa-apa jua cara penyediaan atau pengawetan apa-apa makanan;
(f)
berkenaan dengan penggunaan apa-apa bahan sebagai suatu ramuan bagi apa-apa makanan supaya dapat menahan pengguna atau pembeli daripada terpedaya atau terkeliru tentang kualiti, kuantiti, sifat, nilai, komposisi, kesan, merit atau keselamatannya atau untuk mengelakkan kemudaratan kepada kesihatan pengguna atau pembeli;
(g)
untuk menjamin kebersihan dan bebas daripada pencemaran atau pengadukan apa-apa makanan semasa menyediakan, mengawet, membungkus, menyimpan, mengangkut, mengedar atau menjualkannya dan kebersihan tempat, bekas, perkakas dan kenderaan yang diguna dalam menyediakan, mengawet, membungkus, menyimpan, mengangkut, mengedar atau menjualkannya dan untuk menjamin pengelolaan yang wajar tempat di mana makanan itu disediakan atau dijualkan dan bagi maksud ini menghendaki seseorang itu supaya menjalani
Makanan 47
pemeriksaan doktor oleh seorang doktor yang diberi kuasa dalam hubungan ini;
(h)
untuk mengawal selia premis makanan dan orang yang bekerja atau memberikan perhatian dalam apa-apa aktiviti berhubung dengan premis makanan atau yang diambil kerja di premis itu;
(i)
(Dipotong oleh Akta A1117);
(j)
berkenaan dengan pengangkutan barang makanan yang tertakluk pada peruntukan Akta ini termasuk pelesenan kenderaan yang digunakan untuk mengangkut makanan;
(k)
untuk menetapkan cara melabelkan makanan yang dijual dalam bungkusan atau sebaliknya perkara yang hendak dimasukkan atau tidak hendak dimasukkan pada label-label itu;
(l)
untuk menetapkan saiz, dimensi dan spesifikasi lain bungkusan makanan;
(m)
untuk menetapkan kaedah menganalisis apa-apa makanan dan bentuk perakuan analisis;
(n)
untuk menetapkan standard dan syarat-syarat yang hendak dipatuhi oleh makmal yang diluluskan berkenaan dengan analisis makanan bagi maksud Akta ini;
(o)
untuk mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran dan pelesenan makmal dan juruanalisis dan untk menetapkan fi baginya;
(p)
untuk menetapkan fi yang kena dibayar bagi menganalisis apa-apa makanan oleh seorang juruanalisis dan bagi apa-apa salinan keputusan apa-apa analisis dan bagi apa-apa lesen yang dikeluarkan atau pendaftaran yang dilakukan di bawah Akta ini atau di bawah mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya, termasuk apa-apa
48
Undang-Undang Malaysia lesen atau pendaftaran berhubung dengan pengimportan dan pengeksportan makanan;
(q)
untuk menetapkan fi yang kena dibayar bagi sesuatu lesen atau perakuan yang dikeluarkan atau pendaftaran yang dilakukan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya berhubung bagaimanapun dengan pengimportan, pengeksportan, penyediaan, pengawetan, pembungkusan, penyimpanan, pengangkutan, pengedaran atau penjualan apa-apa makanan;
(r)
untuk melarang atau mengawal selia penjualan, pengiklanan atau pengimportan atau pengeksportan apa-apa makanan;
(ra) untuk mengadakan peruntukan tentang apa-apa perkara yang berhubungan dengan pemanggilan balik, pemindahan atau penarikan balik daripada penjualan makanan dari premis makanan;
(s)
untuk menetapkan makanan yang perlu diberi waranti dan bentuk waranti itu;
(t)
untuk melarang penjualan makanan tertentu dengan apa jua cara lain daripada mengikut berat;
(u)
untuk menghendaki orang yang menjual makanan supaya menyenggara apa-apa buku dan rekod yang perlu bagi penguatkuasaan dan pentadbiran yang wajar akan Akta ini;
(v)
untuk menetapkan kehendak mengenai pembungkusan apa-apa makanan dan untuk melarang meletakkan apa-apa patung, duit atau benda lain dalam makanan untuk dijual atau dalam bungkusan makanan itu;
(w)
untuk menetapkan penalti denda yang tidak melebihi
*sepuluh ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun bagi pelanggaran mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
*CATATAN—Sebelum ini “lima”–lihat Akta Makanan (Pindaan) 2001 [Akta A1117].
Makanan 49
(x)
untuk menetapkan apa-apa jua yang hendak ditetapkan atau boleh ditetapkan melalui peraturan.
Pemansuhan dan kecualian