Malaysia legislation

Section 3

of *AKTA MAKANAN 1983

Seksyen 3

(2)

Menteri boleh melantik seberapa ramai pegawai diberi kuasa sebagaimana yang difikirkannya perlu bagi maksud Akta ini dan tiap-tiap pegawai diberi kuasa itu hendaklah diberi Perakuan Kuasa dan perakuan itu boleh dalam mana-mana prosiding undang-undang di bawah Akta ini diterima sebagai keterangan dan hendaklah menjadi keterangan prima facie mengenai fakta yang diperakui itu.

12

Undang-Undang Malaysia

(3)

Menteri boleh, berhubung dengan apa-apa perkara yang pada hematnya menjejaskan kepentingan am pengguna, memberi kuasa kepada mana-mana pegawai awam untuk mendapatkan bagi maksud analisis sampel apa-apa makanan, dan dengan itu pegawai tersebut hendaklah mempunyai segala kuasa yang dipunyai oleh seorang pegawai yang diberi kuasa di bawah Akta ini, dan Akta ini terpakai seolah-olah pegawai itu adalah seorang pegawai diberi kuasa.

(4)

Juruanalisis dan pegawai diberi kuasa yang dilantik di bawah seksyen ini hendaklah disifatkan sebagai pekhidmat awam mengikut pengertian Kanun Keseksaan [Akta 574].

Makmal diluluskan