Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
memasuki mana-mana premis yang dipercayainya menjadi premis makanan dan memeriksa apa-apa makanan yang didapati di dalamnya dan mengambil sampel makanan itu, dan memeriksa apa-apa jua yang dipercayainya digunakan atau dapat digunakan bagi penyediaan, pengawetan,
Makanan 13
pembungkusan, penyimpanan, pengiriman, pengedaran atau penjualan makanan;
(b)
meminta berhenti, menggeledah atau menahan mana-mana pesawat udara, kapal atau kenderaan yang di dalamnya dia mempercayai ada sebab-sebab yang munasabah bahawa mana-mana makanan yang Akta ini terpakai baginya sedang dikirimkan dan memeriksa mana-mana makanan itu dan mengambil sampelnya bagi maksud Akta ini, kecuali pesawat udara, kapal atau kenderaan yang membuat pelayaran antarabangsa yang berkenaan dengannya Peraturan-Peraturan Kesihatan Antarabangsa terpakai;
(c)
membuka dan memeriksa apa-apa bungkusan yang dia mempercayai mengandungi apa-apa makanan yang Akta ini terpakai baginya;
(d)
memeriksa apa-apa buku, dokumen atau rekod lain yang didapati dalam mana-mana premis makanan yang dia mempercayai mengandungi apa-apa maklumat yang berkaitan dengan penguatkuasan Akta ini berkenaan dengan apa-apa makanan yang Akta ini terpakai baginya dan membuat salinannya atau mengambil cabutan daripadanya;
(e)
meminta dikemukakan Kad Pengenalan Pendaftaran
Negara, Sijil Pendaftaran Perniagaan atau apa-apa dokumen lain yang berkaitan yang dikehendaki oleh pegawai diberi kuasa itu;
(f)
menyita dan menahan untuk seberapa lama yang perlu apa-apa makanan atau perkakas yang kerananya atau berhubung dengannya dia mempercayai mana-mana peruntukan Akta ini telah dilanggar; atau
(g)
menanda, melak atau selainnya mendapatkan, menimbang, mengira atau menyukat apa-apa makanan atau perkakas yang penyediaan, penyimpanan, pengawetan, pembungkusan, pengiriman, pengedaran atau
14
Undang-Undang Malaysia penjualannya adalah berlawanan atau didapati berlawanan dengan Akta ini.
(1A)
Dalam penjalanan kuasanya di bawah subseksyen (1)
seseorang pegawai diberi kuasa boleh memeriksa secara lisan pemunya, penduduk atau orang yang menjaga premis makanan, atau mana-mana orang yang dijumpai dalam premis makanan, yang dipercayainya mempunyai pengetahuan tentang fakta dan hal keadaan apa-apa perkara di bawah Akta ini.
(1B)
Seseorang yang diperiksa di bawah subseksyen (1A) adalah terikat di sisi undang-undang untuk menjawab dengan benar segala soalan yang diajukan kepadanya:
Dengan syarat bahawa seseorang yang diperiksa di bawah subseksyen ini boleh enggan menjawab mana-mana soalan yang jawapannya akan cenderung ke arah mendedahkannya kepada suatu pertuduhan atau penalti jenayah atau pelucuthakan.
(1C)
Seseorang pegawai diberi kuasa yang memeriksa seseorang di bawah subseksyen (1A) hendaklah terlebih dahulu memberitahu orang itu tentang peruntukan subseksyen (1B).
(1D)
Sesuatu pernyataan yang dibuat oleh seseorang di bawah subseksyen (1A) dan (1B) hendaklah, bila mana mungkin, ditukar ke dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh orang yang membuatnya atau dicapkan dengan cap ibu jarinya, mengikut mana-mana yang berkenaan, selepas pernyataan itu dibacakan kepadanya dalam bahasa orang itu membuat pernyataan itu dan selepas dia diberi peluang untuk membuat apa-apa pembetulan yang dia kehendaki.
(1E)
Apa-apa pernyataan yang dibuat dan direkodkan di bawah seksyen ini boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana prosiding dalam mahkamah.
(2)
Seseorang pegawai diberi kuasa yang bertindak di bawah seksyen ini hendaklah, jika dikehendaki sedemikian, mengemukakan
Perakuan Kuasanya.
Makanan 15
(3)
Mana-mana pemunya, penduduk atau orang yang menjaga mana-mana premis makanan yang dimasuki oleh seseorang pegawai diberi kuasa menurut perenggan (1)(a), atau mana-mana orang yang dijumpai di dalamnya, yang tidak memberi kepada pegawai diberi kuasa itu segala bantuan munasabah yang boleh diberinya atau memberi kepadanya segala maklumat yang dikehendaki dengan munasabahnya, melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda atau kedua-duanya.
(4)
Mana-mana orang yang menghalang atau merintangi mana-mana pegawai diberi kuasa semasa dia menjalankan kewajipannya atau menahan atau cuba menahan pegawai diberi kuasa itu daripada melaksanakan kewajipannya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda atau kedua-duanya.
(5)
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menangkap tanpa waran mana-mana orang yang dia ada sebab mempercayai telah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawahnya jika orang itu tidak memberi nama dan alamatnya atau ada alasan munasabah bagi mempercayai bahawa dia telah memberi nama atau alamat palsu atau bahawa mungkin dia akan melarikan diri:
Dengan syarat bahawa apabila seseorang itu telah ditangkap seperti tersebut di atas tadi dia hendaklah selepas itu dibicarakan sebagaimana diperuntukkan oleh Kanun Tatacara Jenayah [Akta 593].
(6)
Mana-mana orang yang dengan diketahuinya membuat apa-apa pernyataan yang palsu atau mengelirukan sama ada secara lisan atau secara bertulis kepada mana-mana pegawai diberi kuasa yang ditugas menjalankan kewajipannya melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama suatu tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda atau kedua-duanya.
(7)
Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah melepaskan apa-apa makanan yang disita olehnya apabila dia berpuas hati bahawa segala peruntukan Akta ini berkenaan dengannya itu telah dipatuhi.
16
Undang-Undang Malaysia
(8)
Jika seseorang pegawai diberi kuasa telah menyita apa-apa makanan dan pemunya atau orang yang memiliki makanan itu pada masa penyitaan itu mempersetujui secara bertulis tentang pemusnahannya maka makanan itu boleh dimusnahkan atau selainnya dilupuskan sebagaimana diarahkan oleh pegawai diberi kuasa itu dan jika pemunya atau orang itu tidak mempersetujui tentang pemusnahan makanan itu maka pegawai diberi kuasa itu boleh memohon kepada mahkamah untuk memusnahkan atau melupuskan makanan itu atau apa-apa perkakas dan mahkamah boleh membuat suatu perintah sebagaimana yang difikirkannya patut walau pun pemunya atau orang itu tidak disabitkan atas apa-apa kesalahan berkaitan dengan makanan itu.
(9)
Jika seseorang pegawai diberi kuasa telah menyita apa-apa makanan yang tidak tahan lama dan pemunya atau orang yang memiliki makanan itu pada masa penyitaan itu tidak mempersetujui secara bertulis tentang pemusnahannya maka tanggungjawab untuk penyimpanan dengan wajar makanan itu supaya terhindar daripada kemerosotan, kerosakan atau kecurian, sementara menunggu keputusan mahkamah, terletak pada pemunya atau orang itu.
(10)
Jika mana-mana makanan atau perkakas telah disita dan ditahan di bawah perenggan (1)(f) dan pemunyanya telah disabitkan atas sesuatu kesalahan maka makanan atau perkakas itu boleh dimusnahkan atau selainnya dilupuskan sebagaimana yang diarahkan oleh mahkamah.
(11)
Walau apa pun peruntukan lain dalam seksyen ini seorang pegawai diberi kuasa boleh memusnahkan apa-apa makanan di mana jua terdapat yang busuk, berbau atau membahayakan kesihatan atau makanan yang pengimportannya dilarang atau makanan yang diserahkan oleh pemunya untuk dimusnahkan apabila dibayar bayaran yang berpatutan.
(12)
Mana-mana orang yang mengalih, mengubah atau menganggu dengan apa jua cara apa-apa makanan yang disita atau dilak di bawah
Akta ini tanpa kuasa seseorang pegawai diberi kuasa melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda atau kedua-duanya.
Makanan 17
(13)
Apa-apa makanan yang disita boleh atas opsyen seorang pegawai diberi kuasa disimpan atau distor dalam premis di mana makanan itu disita atau boleh atas arahan seorang pegawai diberi kuasa dialihkan ke mana-mana tempat lain yang patut.
(14)
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh menghantar mana-mana makanan yang disita olehnya atau apa-apa sampel daripadanya atau apa-apa sampel lain yang diambil olehnya ke mana-mana makmal diluluskan untuk dianalisis atau diperiksa.
(15)
(Dipotong oleh Akta A1117).
Kuasa mengambil sampel