Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
(2)
Seseorang pegawai diberi kuasa boleh di mana-mana tempat meminta dan memilih serta mengambil atau mendapatkan sampel bagi maksud analisis tanpa bayaran daripada mana-mana pengilang yang membuat makanan untuk jualan atau daripada mana-mana pengimport apa-apa makanan atau daripada ejen atau pekhidmatnya.
(3)
Mana-mana pegawai diberi kuasa itu boleh menghendaki orang itu atau ejen atau pekhidmatnya supaya menunjukkan dan membenarkan pemeriksaan akan bungkusan dalam mana makanan itu disimpan pada masa itu dan mengambil daripadanya sampel yang diminta itu.
(4)
Jika apa-apa makanan disimpan untuk jualan secara runcit dalam suatu bungkusan tidak berbuka, tiada seorang pun boleh dikehendaki oleh mana-mana pegawai diberi kuasa supaya menjual kurang daripada kesemua kandungan bungkusan itu.
(5)
Mana-mana orang yang enggan atau cuai mematuhi apa-apa permintaan atau kehendak yang dibuat oleh seorang pegawai diberi
18
Undang-Undang Malaysia kuasa menurut seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda atau kedua-duanya.
Tatacara mengambil sampel