Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA MAKANAN 1983

Seksyen 7

(2)

Jika apa-apa kaedah analisis telah ditetapkan melalui peraturan-peraturan bagi menganalisis apa-apa makanan maka juruanalisis hendaklah mengikuti kaedah yang ditetapkan dan dalam perakuan analisisnya hendaklah menyatakan bahawa dia telah mengikut kaedah yang ditetapkan itu.

(3)

Satu salinan keputusan apa-apa analisis bagi apa-apa makanan yang diambil oleh seorang pegawai diberi kuasa boleh didapati daripada juruanalisis oleh orang yang daripadanya makanan yang dianalisis itu telah dibeli atau didapati apabila dibayar apa-apa fi yang ditetapkan.

(4)

Tiada apa-apa salinan keputusan bagi apa-apa analisis yang dibuat di bawah Akta ini atau apa-apa cetak ulangannya boleh diperagakan atau digunakan sebagai suatu iklan dan jika mana-mana orang yang memperagakan atau mengguna salinan atau cetak ulangan itu maka dia melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh

Makanan 19

dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau didenda atau kedua-duanya.

Kuasa meminta maklumat

Section 7 — AKTA MAKANAN 1983 | mylaw.my