Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(2)
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), sesuatu arahan yang dibuat di bawahnya boleh menghendaki butir-butir berikut diberi berkenaan dengan apa jua bahan, iaitu—
(a)
butir-butir komposisi dan formula kimia bagi bahan itu;
(b)
butir-butir bagaimana bahan itu digunakan atau dicadang hendak digunakan dalam menyediakan makanan;
(c)
butir-butir mengenai apa-apa penyiasatan yang dijalankan oleh orang yang menjalankan perniagaan yang berkenaan atau dijalankan dengan pengetahuannya, bagi maksud menentukan sama ada dan setakat mana bahan itu, atau apa-apa keluaran yang dihasilkan apabila bahan itu digunakan sebagaimana tersebut di atas tadi, adalah membahayakan kesihatan atau dengan apa jua cara lain mengganggu kesihatan;
Makanan 21
(d)
butir-butir mengenai apa-apa penyiasatan atau soal siasat yang dijalankan oleh orang yang menjalankan perniagaan yang berkenaan atau dijalankan dengan pengetahuannya, bagi maksud menentukan kesan kumulatif kepada kesihatan seseorang yang makan bahan itu sebanyak yang lazim dimakan.
(3)
Tiada apa-apa butir-butir yang diberi mengikut arahan di bawah seksyen ini dan tiada apa-apa maklumat berhubung dengan apa-apa perniagaan secara individu yang didapati melalui butir-butir itu boleh, tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan secara bertulis daripada orang yang menjalankan perniagaan yang berkenaan, dizahirkan kecuali pada menjalankan dengan wajar akan kewajipannya di bawah Akta ini, dan mana-mana orang yang menzahirkan mana-mana butir atau maklumat itu melanggar subseksyen ini melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau didenda atau kedua-duanya.
Pengarah boleh memerintahkan supaya premis makanan atau perkakas berada dalam keadaan bersih dan suci