Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
Menteri boleh atas permohonan mana-mana orang perseorangan atau mana-mana organisasi, badan atau kumpulan orang, memberi kelulusan bagi penubuhan dan pengendalian suatu pusat pemulihan persendirian bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah atau bagi jagaan lanjutan orang yang telah menjadi penagih dadah, atas apa-apa terma dan syarat yang dinyatakan oleh Menteri.
(2)
Terma dan syarat mana-mana kelulusan yang diberi di bawah subseksyen (1) boleh pada bila-bila masa diubah oleh Menteri dan dia boleh, tanpa memberi apa-apa notis atau menyatakan apa-apa sebab, membatalkan apa-apa kelulusan yang diberi di bawah subseksyen (1), dan apa-apa pembatalan yang dibuat itu boleh mengandungi semua arahan dari jenis bersampingan atau berbangkit yang difikirkan oleh
Menteri sebagai perlu, suai manfaat atau wajar.
(3)
Pemberitahuan mengenai setiap kelulusan sesuatu pusat di bawah seksyen ini dan setiap pembatalan kelulusan itu, hendaklah disiarkan dalam Warta.
(4)
Mana-mana orang yang menubuhkan atau mengendalikan, atau membantu dalam pengendalian mana-mana tempat bagi rawatan, pemulihan, atau jagaan lanjutan dan pengawasan orang yang adalah atau masih lagi menjadi penagih dadah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada lima tahun atau kedua-duanya.
(5)
Tiada apa jua yang terkandung dalam peruntukan terdahulu seksyen ini boleh ditafsirkan sebagai menjejas, memudarat atau mengurangkan dengan apa jua cara hak seseorang yang dengan sah di sisi undang-undang memberi rawatan perubatan kepada mana-mana orang berhubungan dengan apa-apa keadaan fizikal atau mental yang berbangkit dari, atau melibatkan atau berhubungan dengan, ketagihan dadah orang itu.
16 Undang-undang Malaysia AKTA 283
Pemindahan di antara Pusat