Malaysia legislation

Section 20

of *AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983

Seksyen 20

(a)

melanggari mana-mana terma atau syarat yang dikenakan dengan sah di sisi undang-undang di bawah Akta ini berhubungan dengan kediaman, rawatan atau pemulihan di

Pusat Pemulihan; atau

(b)

melanggari mana-mana kaedah berhubungan dengan sesuatu

Pusat Pemulihan jika tiada apa jua hukuman tertentu diperuntukkan dalam kaedah-kaedah itu bagi pelanggaran itu;

(c)

mengapikan mana-mana penghuni di Pusat, supaya melanggari mana-mana kaedah berhubungan dengan Pusat itu;

*CATATAN− Terdahulu “lima ratus ringgit” – lihat Akta Penagih Dadah (Rawatan dan

Pemulihan)(Pindaan) 1998 [Act A1018]

18 Undang-undang Malaysia AKTA 283

(d)

menggunakan apa-apa perkataan atau gerak isyarat yang lucah, mengancam, menghina atau mencela, atau selainnya berkelakuan dengan cara yang mengancam atau mencela, terhadap mana-mana orang yang menjalankan mana-mana kuasa, menunaikan mana-mana kewajipan atau melaksanakan mana-mana fungsi berhubungan dengan jagaan, rawatan, pemulihan, kediaman atau pengawasan mana-mana orang di bawah Akta ini, atau terhadap mana-mana orang yang menjadi penghuni di Pusat Pemulihan atau terhadap mana-mana pekerja atau pekhidmat yang diambil kerja atau diguna khidmat di mana-mana Pusat Pemulihan, atau terhadap mana-mana orang yang dengan sah di sisi undang-undang melawat sesuatu Pusat Pemulihan atau selainnya berada di sesuatu Pusat Pemulihan dengan sah di sisi undang-undang, atau menyerang mana-mana orang, pekerja atau pekhidmat seperti yang tersebut dahulu, melakukan suatu kesalahan dan, apabila disabitkan, boleh didenda atau dipenjarakan selama tempoh tidak lebih daripada *tiga tahun atau kedua-duanya.

(2)

Perenggan (1) (a) dan (b) tidak terpakai bagi seseorang yang dimasukkan ke Pusat Pemulihan di bawah seksyen 8 atau 9.

Tempoh pemenjaraan atau tahanan hendaklah disifatkan sebagai tempoh kediaman, jagaan lanjutan atau pengawasan

Section 20 — AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983