Malaysia legislation

Section 27

of *AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983

Seksyen 27

Memisahkan orang belum dewasa

Jika seseorang belum dewasa ditahan dalam jagaan, atau dikehendaki tinggal di Pusat Pemulihan di bawah mana-mana peruntukan Akta ini, atau sedang dipindahkan ke sesuatu tempat atau dari sesuatu tempat semasa dalam jagaan tersebut, atau semasa dalam tempoh kediaman, mengikut mana yang berkenaan, perkiraan hendaklah dibuat supaya dia ditahan dalam jagaan itu atau tinggal atau hadir sedemikian atau dipindahkan sedemikian, menurut cara yang akan memastikan bahawa dia tidak bercampur dengan dan dipisahkan dari orang dewasa atau orang dewasa yang sedang ditahan dalam jagaan, atau tinggal sedemikian, atau sedang dipindahkan sedemikian.