Malaysia legislation

Section 28

of *AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983

Seksyen 28

Kaedah-kaedah

(a)

untuk menetapkan apa-apa jua yang dikehendaki supaya ditetapkan di bawah Akta ini;

22 Undang-undang Malaysia AKTA 283

(b)

untuk mengadakan borang bagi penggunaan berkaitan dengan mana-mana perkara di bawah Akta ini;

(c)

untuk mengawal selia penubuhan, pengurusan dan kawalan

Pusat Pemulihan, dan pusat pemulihan persendirian, termasuklah peruntukan mengenai kuasa, kewajipan dan fungsi orang yang menjaga atau diambil kerja di Pusat

Pemulihan itu atau di pusat pemulihan persendirian;

(d)

untuk mengadakan peruntukan mengenai disiplin, pelajaran, latihan vokasional dan pekerjaan orang yang menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan itu atau di pusat pemulihan persendirian;

(e)

untuk mengadakan peruntukan mengenai tatacara berhubungan dengan ujian yang hendak dijalankan di bawah

Akta ini;

(f)

untuk mengadakan peruntukan mengenai tatacara berhubungan dengan rawatan, pemulihan dan pengawasan orang di bawah Akta ini;

(g)

untuk mengadakan peruntukan mengenai keanggotaan, kewajipan, fungsi dan tatacara Lembaga Pelawat;

(h)

untuk mengadakan peruntukan mengenai borang, dan peruntukan yang hendak dimasukkan ke dalam mana-mana bon jamin yang disempurnakan di bawah Akta ini;

(i)

untuk mengadakan peruntukan mengenai borang, peruntukan, dan terma dan syarat mana-mana bon lain yang dikehendaki supaya disempurnakan di bawah Akta ini.

(2)

Menteri boleh dalam kaedah-kaedah itu atau dengan kaedah-kaedah berasingan yang dibuat di bawah Akta ini memperuntukkan bahawa apa-apa pelanggaran terhadap peruntukan mana-mana kaedah adalah menjadi suatu kesalahan dan boleh memperuntukkan supaya kesalahan sedemikian dihukum denda tidak lebih daripada lima ratus

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 23

ringgit atau penjara selama tempoh tidak lebih daripada enam bulan atau kedua-duanya.

Pemansuhan

Section 28 — AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983