Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
orang itu bolehlah dilepaskan dengan jamin, dengan atau tanpa penjamin, oleh seseorang pegawai supaya hadir pada masa dan di tempat yang dinyatakan dalam bon; atau
(b)
orang itu bolehlah dibawa oleh seseorang pegawai ke
10 Undang-undang Malaysia AKTA 283
hadapan Majistret, dan Majistret itu hendaklah, jika pegawai itu melaporkan bahawa orang itu perlu ditahan bagi maksud menjalani ujian, memerintahkannya supaya ditahan sedemikian selama sesuatu tempoh tidak lebih daripada empat belas hari untuk menjalani ujian atau Majistret itu boleh melepaskannya dengan jamin, dengan atau tanpa penjamin, supaya hadir pada sesuatu masa dan di sesuatu tempat yang dinyatakan dalam bon bagi maksud menjalani ujian itu, atau jika orang itu telah pun menjalani ujian tetapi keputusan ujian sedemikian masih belum diperolehi,
Majistret itu boleh melepaskannya dengan jamin, dengan atau tanpa penjamin, supaya hadir pada sesuatu masa dan di sesuatu tempat yang dinyatakan dalam bon untuk menerima keputusan ujian itu.
(2)
Seksyen 390, 391, 392, 393 dan 404 Kanun Tatacara Jenayah hendaklah dipakai mutatis mutandis bagi sesuatu bon jamin yang disempurnakan di bawah seksyen ini setakat yang ia tidak berlawanan dengan peruntukan seksyen ini, dan sebutan dalam seksyen tersebut mengenai pegawai polis hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai seseorang pegawai di bawah Akta ini.
Obligasi penagih dadah yang disyaki untuk menjalani tatacara ujian