Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(a)
memerintahkan orang itu menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan yang ditetapkan dalam perintah itu selama tempoh dua tahun dan selepas itu menjalani pengawasan seorang pegawai di tempat yang ditetapkan dalam perintah selama tempoh dua tahun; atau
(b)
memerintahkan orang itu diletakkan di bawah pengawasan seorang pegawai di tempat yang ditetapkan dalam perintah itu selama tempoh tidak kurang daripada dua dan tidak melebihi tiga tahun.
(2)
Sesuatu perintah pengawasan yang dikenakan ke atas seseorang di bawah perenggan (1)(a) dan (b) hendaklah mengandungi syarat yang berikut:
(a)
orang itu mestilah tinggal di dalam Negeri atau Wilayah
Persekutuan atau mana-mana kawasan sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu;
(b)
orang itu tidak boleh meninggalkan kawasan tempat dia tinggal tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah;
(c)
pada waktu yang dinyatakan dalam perintah itu, orang itu hendaklah melaporkan diri di balai polis yang paling hampir atau bagi anggota angkatan tentera di tempat yang ditetapkan oleh seseorang pegawai;
(d)
orang itu tidak boleh mengambil, menggunakan atau memiliki apa-apa dadah berbahaya;
12 Undang-undang Malaysia AKTA 283
(e)
orang itu hendaklah menjalani apa-apa ujian pada bila-bila masa dan di mana-mana tempat sebagaimana yang diperintahkan oleh seseorang pegawai; dan
(f)
orang itu hendaklah menjalani apa-apa jua program pemulihan penagih dadah yang diadakan oleh Kerajaan.
(3)
Mana-mana orang yang sedang menjalani pengawasan di bawah perenggan (1) (a) atau (b) yang tidak mematuhi mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau sebatan tidak melebihi tiga sebatan atau kedua-duanya.