Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA PENAGIH DADAH (RAWATAN DAN PEMULIHAN) 1983

Seksyen 8

(2)

Jika seseorang membuat permohonan di bawah subseksyen

(1)

, Pegawai Pemulihan hendaklah dengan seberapa segera yang boleh membuat perkiraan bagi pemohon itu menjalani ujian.

(3)

Jika berikutan daripada ujian di bawah subseksyen (2), orang itu diperakui oleh pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan berdaftar sebagai penagih dadah, Pegawai Pemulihan itu

Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 13

hendaklah memutuskan sama ada orang itu patut—

(a)

menjalani rawatan dan pemulihan di Pusat Pemulihan selama tempoh dua tahun dan selepas itu menjalani pengawasan oleh seorang pegawai selama tempoh dua tahun; atau

(b)

diletakkan di bawah pengawasan seorang

Pegawai

Pemulihan bagi tempoh tidak kurang daripada dua dan tidak melebihi tiga tahun dan dijadikan tertakluk kepada syarat yang difikirkan oleh Pegawai Pemulihan perlu atau bermanfaat bagi maksud rawatan dan pemulihan orang itu, dan hendaklah memberitahu pemohon itu akan keputusannya.

Tatacara bagi rawatan dan pemulihan penagih dadah yang belum dewasa dan yang baginya bantuan dikehendaki