Malaysia legislation

Section 9

of AKTA LEMBAGA KEMAJUAN WILAYAH JENGKA 1983

Seksyen 9

Tertakluk kepada Akta ini, semua undang-undang bertulis, termasuk perundangan subsidiari, yang menyentuh atau bagi perlindungan Lembaga dan berkuat kuasa sebaik sebelum tarikh yang ditetapkan hendaklah, sehingga dipinda atau dibatalkan oleh pihak berkuasa berkenaan yang mempunyai kuasa untuk berbuat demikian, terus berkuat kuasa dan ditafsirkan seolah-olah Akta ini tidak pernah diluluskan.

Dengan syarat bahawa apa-apa sebutan dalam undang-undang bertulis itu mengenai Lembaga, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, hendaklah ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Kerajaan dan ungkapan yang memaksudkan sebutan sedemikian hendaklah ditafsirkan sewajarnya.