Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Tafsiran
“Daftar” ertinya Daftar Paten dan Daftar bagi Perakuan Perbaharuan
Utiliti yang disimpan di bawah Akta ini;
“ditetapkan” ertinya ditetapkan melalui peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini;
“hak”, berhubungan dengan sesuatu permohonan paten atau paten, termasuklah suatu kepentingan dalam permohonan paten atau paten dan, tanpa menjejaskan perkara di atas, apa-apa sebutan mengenai sesuatu hak dalam suatu paten termasuklah sebutan mengenai suatu syer dalam paten itu;
“Jurnal Rasmi” ertinya Jurnal Rasmi Harta Intelek yang disiarkan oleh Pendaftar di bawah seksyen 86A;
“keluaran” ertinya apa-apa benda yang terdapat dalam bentuk ketara, dan termasuklah apa-apa radas, artikel, peranti, kelengkapan, kraftangan, alat, mesin, bahan dan komposisi;
“keluaran farmaseutikal” ertinya—
(a)
apa-apa keluaran yang dipaten; atau
(b)
apa-apa keluaran dikilangkan melalui proses yang dipaten, bagi sektor farmaseutikal yang termasuklah bahan aktif yang perlu bagi pengilangannya dan kit diagnostik yang diperlukan bagi kegunaannya;
“keluaran yang dipaten” ertinya sesuatu keluaran yang adalah reka cipta yang dipaten atau, berhubung dengan suatu proses yang dipaten, sesuatu keluaran yang diperoleh secara langsung mengikut cara proses itu atau yang kepadanya proses itu telah dipakai;
Paten 13
“Mahkamah” ertinya Mahkamah Tinggi, atau Hakim Mahkamah
Tinggi;
“majikan”, berhubung dengan seseorang pekerja, ertinya orang yang oleh siapa pekerja itu sedang atau telah diambil bekerja;
“Majlis TRIPS” ertinya majlis yang ditubuhkan di bawah Perjanjian
TRIPS;
“Menteri” ertinya Menteri yang pada masa ini dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi harta intelek;
“mikroorganisma” ertinya apa-apa organisma yang bersaiz mikroskopik dan bahagian organisma yang bersaiz mikroskopik, termasuk organisma, virus dan viroid yang steril;
“pegawai yang berkuasa” ertinya seseorang pegawai yang diberi kuasa di bawah seksyen 68;
“pekerja” ertinya seseorang yang bekerja atau yang telah bekerja di bawah suatu kontrak pekerjaan, atau yang sedang bekerja di bawah, atau bagi maksud-maksud, mana-mana individu atau organisasi;
“pemastautin” termasuklah—
(a)
seorang warganegara Malaysia yang bermastautin di
Malaysia;
(b)
seorang bukan warganegara Malaysia yang—
(i)
telah mendapat status pemastautin tetap di Malaysia dan biasanya bermastautin di Malaysia; atau
(ii)
bermastautin di
Malaysia menurut pas yang dikeluarkan secara sah kepadanya di bawah
Akta Imigresen 1959/63 [Akta 155] untuk masuk dan kekal di Malaysia;
(c)
suatu pertubuhan perbadanan yang diperbadankan, ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 291
undang-undang bertulis di Malaysia selain suatu syarikat asing; atau
(d)
suatu badan yang tidak diperbadankan yang ditubuhkan atau berdaftar di bawah mana-mana undang-undang bertulis di
Malaysia;
“Pemeriksa” ertinya mana-mana orang, jabatan, unit atau organisasi kerajaan, atau mana-mana pejabat atau organisasi paten asing atau antarabangsa, yang dilantik oleh Perbadanan di bawah seksyen 9A;
“pemunya paten” atau “pemunya sesuatu paten” ertinya orang yang pada masa ini direkodkan dalam Daftar sebagai penerima pemberian sesuatu paten;
“Pendaftar” ertinya Pendaftar Paten yang ditetapkan dalam subseksyen 8(1);
“Penolong Pendaftar” ertinya orang yang dilantik atau disifatkan telah dilantik untuk menjadi Penolong Pendaftar di bawah subseksyen 8(2) atau (3);
“Perbadanan” ertinya Perbadanan Harta Intelek Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Perbadanan Harta Intelek Malaysia 2002
[Akta 617];
“Perjanjian TRIPS” ertinya Perjanjian Perdagangan Berkaitan Aspek
Hak Harta Intelek yang dinyatakan dalam Lampiran 1C kepada
Perjanjian Penubuhan Pertubuhan Perdagangan Dunia;
“Pihak Berkuasa Depositari Antarabangsa” ertinya suatu institusi depositari yang telah memperoleh status pihak berkuasa depositari antarabangsa di bawah Triti Budapest;
“proses” termasuklah suatu seni atau kaedah;
“reka cipta yang dipaten” ertinya sesuatu reka cipta yang baginya sesuatu paten diberi dan “proses yang dipaten” hendaklah ditafsirkan sewajarnya;
Paten 15
“tarikh pemfailan” ertinya tarikh yang direkodkan dalam Daftar sebagai tarikh pemfailan di bawah seksyen 28;
“tarikh prioriti” ertinya tarikh yang ditetapkan dalam seksyen 27A;
“tarikh yang ditetapkan” mempunyai erti yang sama sebagaimana yang diberikan kepada ungkapan itu dalam Akta Perbadanan Harta
Intelek Malaysia 2002;
“Timbalan Pendaftar” ertinya orang yang dilantik atau disifatkan telah dilantik untuk menjadi Timbalan Pendaftar di bawah subseksyen 8(2) atau (3).