Malaysia legislation

Section 8

of *AKTA PATEN 1983

Seksyen 8

(2)

Perbadanan boleh melantik, atas apa-apa terma dan syarat yang ditentukannya, dalam kalangan orang dalam penggajian Perbadanan, apa-apa bilangan Timbalan Pendaftar Paten, Penolong Pendaftar Paten dan pegawai lain yang perlu bagi pentadbiran yang sepatutnya Akta ini, dan boleh membatalkan pelantikan mana-mana orang yang dilantik sedemikian atau disifatkan telah dilantik sedemikian di bawah subseksyen (3).

(3)

Orang yang memegang jawatan sebagai Timbalan Pendaftar,

Penolong Pendaftar dan pegawai lain di bawah Akta ini sebelum tarikh

16 Undang-Undang Malaysia AKTA 291

yang ditetapkan yang telah diberi pilihan oleh Kerajaan Malaysia untuk berkhidmat sebagai pekerja Perbadanan dan telah memilih sedemikian hendaklah pada tarikh yang ditetapkan disifatkan telah dilantik sebagai Timbalan Pendaftar, Penolong Pendaftar dan pegawai lain sedemikian di bawah subseksyen (2).

(4)

Tertakluk pada arahan dan kawalan am Pendaftar dan kepada apa-apa syarat atau sekatan yang dikenakan oleh Pendaftar, seseorang

Timbalan Pendaftar atau seseorang Penolong Pendaftar boleh menjalankan apa-apa fungsi Pendaftar di bawah Akta ini, dan apa-apa jua yang ditetapkan atau diberi kuasa atau dikehendaki oleh Akta ini supaya dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar boleh dilakukan atau ditandatangani oleh mana-mana Timbalan Pendaftar atau

Penolong Pendaftar dan tindakan atau tandatangan seseorang

Timbalan Pendaftar atau seseorang Penolong Pendaftar hendaklah sama sah dan kuat kuasanya seolah-olah telah dilakukan atau ditandatangani oleh Pendaftar.

(5)

Pendaftar hendaklah mempunyai meterai dengan reka bentuk yang diluluskan oleh Perbadanan dan teraan meterai itu hendaklah diberi pengiktirafan kehakiman dan diterima sebagai keterangan.

Pejabat Pendaftaran Paten