Malaysia legislation

Section 2

of *AKTA MANUVER TENTERA 1983

Seksyen 2

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―

“angkatan pelawat” ertinya apa-apa badan, kontinjen atau detasmen angkatan sesuatu negara yang sedang berada dengan sahnya di sisi undang-undang di Malaysia menurut sesuatu triti, perjanjian atau perkiraan yang Kerajaan Malaysia menjadi pihak;

“kawasan manuver” ertinya mana-mana tanah, laut, perairan pasang surut atau pantai yang diisytiharkan di bawah seksyen 3 di mana manuver tentera boleh dijalankan;

“kawasan tembak” ertinya mana-mana tanah, laut, perairan pasang surut atau pantai yang diisytiharkan di bawah seksyen 3 untuk menjalankan latihan meriam atau senapang, tembakan di udara,

5

latihan menggugurkan bom atau menggugurkan torpedo termasuk menggunakan apa-apa senjata yang ditembakkan di darat, dari laut atau dari pesawat udara dalam penerbangan;

“Majlis Angkatan Tentera” ertinya Majlis yang ditubuhkan di bawah Perkara 137 Perlembagaan Persekutuan;

“manuver tentera” ertinya apa-apa atur kedudukan askar, senjata api, kenderaan, kapal atau pesawat udara yang dijalankan di mana-mana tanah, laut, perairan pasang surut, pantai atau udara oleh angkatan tentera atau mana-mana angkatan pelawat;

“Pemungut” ertinya di Semenanjung Malaysia dan Sabah,

*“Pemungut” sebagaimana ditakrifkan masing-masingnya dalam

Kanun Tanah Negara 1965 [Akta 56 tahun 1965] dan Ordinan Tanah

Sabah [Sabah Bab 68], dan di Sarawak, “Pengarah” sebagaimana ditakrifkan dalam Kanun Tanah Sarawak [Swk. Bab 81].

Section 2 — AKTA MANUVER TENTERA 1983 | mylaw.my