Malaysia legislation
Section 3
Seksyen 3
Pengisytiharan kawasan manuver atau kawasan tembak
Berkuasa Negeri yang berkenaan di mana manuver tentera akan diadakan, boleh dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam
Warta, mengisytiharkan bahawa mana-mana kawasan yang dinyatakan dalam pemberitahuan itu hendaklah menjadi kawasan manuver atau kawasan tembak dan, boleh dari semasa ke semasa, dengan cara yang sama, mengisytiharkan bahawa kawasan itu hendaklah terhenti dari menjadi kawasan manuver atau kawasan tembak, mengikut mana-mana yang berkenaan.