Malaysia legislation

Section 4

of *AKTA MANUVER TENTERA 1983

Seksyen 4

Kuasa Ketua Turus Angkatan Tentera untuk membenarkan latihan manuver dijalankan

(a)

untuk membenarkan manuver tentera dijalankan bagi maksud latihan di mana-mana bahagian kawasan manuver pada bila-bila masa;

________________________________________________________

*CATATAN-Rujukan kepada

“Pemungut” kini ditafsirkan sebagai “Pentadbir

Tanah” -

lihat seksyen 3 Kanun Tanah Negara (Pindaan) 1984 [Akta A587].

6

Undang-Undang Malaysia

Akta 295

(b)

untuk mengarahkan supaya manuver tentera dijalankan dalam kawasan manuver tanpa memberi notis yang dikehendaki oleh subseksyen 5(1);

(c)

untuk menyebabkan, pada bila-bila masa, latihan menembak sama ada di darat, dari laut atau dari udara, eksperimen dalam mengendalikan meriam, apa-apa perbuatan atau amalan yang bersampingan dengan latihan atau eksperimen itu, latihan mengebom atau torpedo atau manuver tentera lain dijalankan di kawasan tembak, dengan memberi tidak kurang daripada tujuh hari notis mengenainya kepada penduduk tanah di mana latihan, eksperimen, perbuatan atau amalan itu akan dijalankan, dengan mengibarkan suatu bendera merah di suatu tempat yang mudah dilihat dalam kawasan tembak itu; dan

(d)

untuk menyebabkan dibuang mana-mana bangunan atau tumbuhan dalam kawasan tembak itu yang mungkin menghalang atau menganggu perjalanan sepenuhnya hak yang diberi oleh Akta ini, dan untuk melarang apa-apa bangunan baru didirikan atau tumbuh-tumbuhan ditanam dalam kawasan tembak tersebut.

Notis Manuver Tentera