Malaysia legislation

Section 7

of *AKTA MANUVER TENTERA 1983

Seksyen 7

Kuasa orang yang mengambil bahagian dalam manuver tentera

(a)

lalu dan berkhemah, membina kerja tentera bukan berbentuk tetap dan menjalankan manuver tentera atas mana-mana tanah; dan

(b)

mengambil bekalan air dari apa-apa sumber awam atau persendirian, dan bagi maksud itu boleh mengempang sesuatu aliran air:

Dengan syarat bahawa pengempangan itu tidak menggangu apa-apa perdagangan atau perindustrian.

(2)

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini membenarkan―

(a)

air diambil dari sesuatu sumber bekalan kepunyaan pemunya persendirian atau pihak berkuasa awam, selain bekalan yang ditunjukkan sebagai dikehendaki oleh mereka yang berhak menggunakan bekalan air itu menurut

Akta ini; dan

(b)

mana-mana rumah kediaman, tempat sembahyang, sekolah, kilang, stor atau premis yang digunakan untuk menjalankan apa-apa perniagaan atau pengilangan atau mana-mana kawasan yang bersampingan dengan mana-

8

Undang-Undang Malaysia mana tempat ibadat atau sekolah atau mana-mana premis yang dilingkungi atau bersampingan dengan sesuatu rumah kediaman, dimasuki atau diganggui.

(3)

Apabila tamatnya sesuatu manuver tentera, semua kerja tentera, empangan atau struktur lain yang dibuat atau dilakukan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuang dan apa-apa kerosakan yang dilakukan terhadap harta hendaklah dibaiki dan harta itu ditinggalkan dalam keadaan hampir sama sebagaimana keadaannya sebelum manuver tentera itu.

Manuver tentera dan latihan menembak tidak boleh dijalankan di dalam kawasan tadahan kerja air