Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
Kesalahan
(a)
yang dengan sengaja dan secara salah di sisi undang-undang mengganggu perjalanan manuver tentera itu; atau
(b)
yang tanpa kebenaran wajar memasuki atau berada dalam sesuatu khemah, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun dan orang itu serta mana-mana binatang atau kenderaan di bawah jagaannya boleh dipindahkan oleh mana-mana pegawai polis atau dengan perintah mana-mana pegawai tentera bertauliah angkatan yang mengambil bahagian dalam manuver tentera itu.
(2)
Jika semasa berjalannya sesuatu manuver tentera mana-mana orang―
Manuver Tentera
9
(a)
tanpa kebenaran wajar, memindahkan sesuatu bendera atau tanda lain, yang menunjukkan mana-mana tanah bagi maksud manuver tentera itu; atau
(b)
dengan niat jahat memotong atau merosakkan apa-apa dawai telegraf atau telefon yang direntangi oleh atau bagi kegunaan tentera yang mengambil bahagian dalam manuver tentera itu, adalah melakukan suatu kesalahan dan boleh dikenakan denda tidak melebihi lima ribu ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun.
Pampasan bagi kerosakan