Malaysia legislation
Section 13
Seksyen 13
Pembatalan, penggantungan dan pemindahan lesen atau permit
(2)
Tertakluk kepada subseksyen (3), tiada lesen atau permit boleh dengan apa jua cara dipindah, diserah hak atau selainnya diletakkan di bawah kawalan mana-mana orang lain daripada orang yang lesen atau permit itu pada mula-mulanya diberi melainkan jika Menteri membenarkan sedemikian dan mana-mana pemegang yang melanggar subseksyen ini boleh, dibatalkan atau digantung lesen atau permitnya.
(3)
Jika sekiranya berlaku kematian, ketidakupayaan, kebankrapan atau, dalam hal suatu syarikat, penyelesaian ke atas pemegang lesen atau permit itu, atau jika seorang penerima atau pengurus dilantik berhubungan dengan perniagaan pemegang lesen itu, atau jika kerana apa jua sebab Menteri berpuas hati bahawa tidak patut tidak melakukan sedemikian, Menteri boleh membenarkan lesen atau permit itu dipindahkan.
Keputusan Menteri adalah muktamad