Malaysia legislation
Section 18
Seksyen 18
Kuasa menyita dan menahan
Mana-mana pegawai yang bertindak menurut seksyen 16 atau 17 adalah diberi kuasa untuk menyita dan menahan —
(a)
mana-mana mesin cetak atau hasil penerbitan atau apa-apa makalah lain yang dia ada sebab mempercayai sebagai bukti berlakunya apa-apa kesalahan di bawah
Akta ini atau mana-mana kaedah yang dibuat di bawahnya;
(b)
apa-apa hasil penerbitan yang dia syaki sebagai hasil penerbitan yang boleh dikenakan larangan di bawah subseksyen 7(1) atau boleh ditolak pengimportan, menahan daripada menyerah hantar atau mengembalikan kepada pengirim di bawah subseksyen 9(1).
Semua benda yang disita kena dilucut hak