Malaysia legislation
Section 22
Seksyen 22
(2)
Bila-bila masa mana-mana ejen atau pekhidmat semasa dia menjalankan kerjanya melakukan atau tidak melakukan apa-apa perbuatan yang melakukannya atau tidak melakukan perbuatan itu oleh prinsipal atau majikannya tetap menjadi suatu kesalahan, maka ejen atau pekhidmat adalah melakukan kesalahan itu.
(3)
Mana-mana orang yang tetap bersalah melakukan suatu kesalahan kiranya apa-apa jua telah dilakukan atau tidak dilakukan olehnya sendiri melakukan kesalahan itu dan boleh dikenakan penalti yang itu juga jika perkara itu telah dilakukan atau tidak dilakukan oleh pekongsi, ejen atau pekhidmatnya semasa dia sedang menjalankan perniagaan perkongsian atau semasa dia sedang menjalankan kerjanya, mengikut mana-mana yang berkenaan, melainkan jika dia membuktikan hingga memuaskan hati mahkamah bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa pengetahuan atau keizinannya dan bahawa dia telah mengambil segala langkah pengawasan yang munasabah untuk mencegah berlakunya atau tidak melakukan perkara itu.
(4)
Peruntukan seksyen ini hendaklah dikira tambahan kepada dan bukannya mengurangkan daripada mana-mana peruntukan lain dalam
Akta ini.
Penyampaian notis, dsb.