Malaysia legislation
Section 24
Seksyen 24
Tiada apa-apa jua prosiding undang-undang boleh diambil atau dimulakan atau disenggarakan dalam mana-mana mahkamah kerana atau disebabkan apa-apa kerugian, atau kerosakan kepada, apa-apa jua yang disita, ditahan, dirampas atau dimusnahkan di bawah Akta ini atau kerana atau disebabkan apa-apa kerosakan yang ditanggung akibat penyitaan, penahanan, perampasan, pemusnahan atau perkembalian apa-apa jua di bawah Akta ini atau apa-apa kelengahan untuk menyerah hantar atau mengembalikan apa-apa jua kepada orang yang kepadanya benda itu tetap telah diserah hantar atau dikembalikan kalau tidak kerana penahanannya di bawah Akta ini.