Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
“akhbar” ertinya apa-apa hasil penerbitan yang mengandungi berita, penerangan, laporan kejadian atau apa-apa pendapat, pemerhatian atau ulasan, berhubungan dengan apa-apa berita, penerangan atau kejadian, atau dengan apa-apa perkara lain, yang menarik minat orang ramai, atau apa-apa majalah, komik atau bentuk majalah berkala lain yang dicetak dalam apa-apa bahasa untuk dijual atau diedarkan dengan percuma pada lat tempoh yang kerap atau tidak
6 Undang-Undang Malaysia Akta 301
kerap, tetapi tidak termasuk apa-apa hasil penerbitan yang diterbitkan oleh atau untuk Kerajaan Persekutuan atau mana-mana Kerajaan
Negeri atau Kerajaan Singapura;
“dokumen” ertinya apa-apa kertas, kad atau bahan lain atau benda yang padanya ada dicetak, ditaip, ditulis atau ditandakan, huruf, angka, tanda, majalah bergambar atau apa-apa gambaran lain yang boleh dilihat dan termasuklah akhbar, buku dan risalah;
“lesen” ertinya lesen yang diberi di bawah subseksyen 3(3);
“orang” termasuklah pertubuhan perbadanan atau pertubuhan tidak diperbadankan;
“pegawai berkuasa” ertinya mana-mana pegawai polis, seseorang pegawai Kastam, pegawai Jabatan Perkhidmatan Pos dan mana-mana pegawai awam lain yang ditetapkan oleh Menteri sebagai pegawai berkuasa bagi maksud Akta ini;
“pegawai kanan berkuasa”ertinya—
(a)
mana-mana pegawai polis berpangkat tidak rendah daripada Penolong Penguasa;
(b)
mana-mana pegawai Kastam berpangkat tidak rendah daripada Penguasa;
(c)
mana-mana pegawai
Jabatan
Perkhidmatan
Pos berpangkat tidak rendah daripada Pegawai Kanan Pos;
(d)
mana-mana pegawai awam lain yang ditetapkan oleh
Menteri sebagai pegawai kanan berkuasa bagi maksud
Akta ini;
“penerbitan” termasuklah—
(a)
dokumen, akhbar, buku dan majalah berkala;
(b)
semua bahan bertulis atau bercetak dan segala-galanya sama ada sifatnya yang serupa dengan bahan bertulis atau bercetak atau tidak mengandungi apa-apa gambaran yang boleh dilihat;
Mesin Cetak dan Penerbitan 7
(c)
apa-apa jua yang mengikut rupa, bentuknya atau dengan apa jua cara boleh membayangkan kata-kata atau idea;
dan
(d)
rakaman suara;
“hasil penerbitan larangan” ertinya apa-apa hasil penerbitan yang telah dilarang di bawah subseksyen 7(1) dan termasuk apa-apa salinan, penghasilan semula, cabutan atau apa-apa terjemahan, ringkasan karangan atau parafrasanya;
“permit” ertinya permit yang diberi di bawah perenggan 6(1)(a)
atau (b);
“rakaman suara” ertinya apa-apa bahan yang padanya direkodkan suara manusia atau muzik instrumental atau bunyi lain dan termasuklah piring hitam, pita dan ceper laser;
“tuan punya” ertinya tuan punya tunggal mana-mana akhbar dan juga orang yang, sebagai pekongsi atau selainnya, mewakili dan bertanggungjawab atas apa-apa syer atau kepentingan dalam akhbar antara mereka sendiri dan orang yang dengan cara serupa itu mewakili atau bertanggungjawab atas syer atau kepentingan lain di dalamnya dan bukan orang lain.