Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
(a)
yang lucah atau selainnya bertentangan dengan kesopanan awam; atau
(b)
yang mengandungi perkara pengapian terhadap orang atau harta, menggalakkan pencabulan undang-undang atau terhadap apa-apa perintah yang sah di sisi undang-undang atau yang melakukan pecah keamanan atau yang mungkin membawa kepada pecah keamanan atau menggalakkan perasaan niat jahat, perseteruan, permusuhan, kebencian, ketidakharmonian atau pecah belah, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
(2)
Walaupun terdapat mana-mana undang-undang yang berlawanan, mana-mana mesin cetak atau mesin yang digunakan untuk mencetak apa-apa hasil penerbitan atau dokumen yang menjadi hal perkara sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (1) atau apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang dinyatakan dalam Jadual II boleh diperintahkan supaya dilucut hak oleh mahkamah walaupun tiada seorangpun disabitkan atas sesuatu kesalahan.