Malaysia legislation
Section 6
Seksyen 6
(a)
kepada mana-mana orang suatu permit untuk mencetak dan menerbitkan akhbar di Malaysia; atau
(b)
kepada mana-mana tuan punya mana-mana akhbar di
Singapura suatu permit membenarkan akhbar itu diimport, dijual, dikelilingi atau diedar di Malaysia.
(2)
Menteri boleh pada bila-bila masa membatalkan atau menggantung sesuatu permit selama sesuatu tempoh yang difikirkannya wajar.
(3)
Menteri boleh mengenakan sebagai satu syarat pemberian permit yang tuan punya akhbar di Singapura hendaklah menubuhkan
Mesin Cetak dan Penerbitan 11
dan menyenggara suatu tempat perniagaan di dalam Malaysia atau hendaklah melantik orang di dalam Malaysia yang diberi kuasa untuk menerima penyampaian apa-apa notis atau proses undang-undang bagi pihak tuan punya dan hendaklah memberi kepada Menteri senarai yang mengandungi nama dan alamat orang itu dan menyebabkan disiarkannya mengikut apa-apa cara sebagaimana diarahkan oleh Menteri.