Malaysia legislation
Section 7
Seksyen 7
(2)
Berkenaan dengan hasil penerbitan yang bermula di mana-mana negara di luar Malaysia, suatu perintah di bawah subseksyen
(1)
boleh, jika perintah itu memperuntukkan sedemikian —
(a)
melarang pengimportan mana-mana atau semua hasil penerbitan sama ada sebelum atau selepas tarikh perintah itu, dengan tertakluk kepada apa-apa syarat yang ditetapkan di dalamnya;
(b)
berkenaan dengan hasil penerbitan berkala, melarang pengimportan mana-mana keluaran masa lalu atau masa depan;
12 Undang-Undang Malaysia Akta 301
(c)
berkenaan dengan hasil penerbitan yang telah dikeluarkan atau nampaknya atau berupa sebagai telah dikeluarkan dari mana-mana gedung penerbitan, agensi penerbitan atau sumber lain yang dinyatakan dalam perintah itu, melarang pengimportan apa-apa hasil penerbitan lain yang mungkin pada bila-bila masa sama ada sebelum atau selepas tarikh perintah itu telah dikeluarkan, atau nampaknya atau berupa telah dikeluarkan, dari gedung penerbitan, agensi penerbitan atau sumber lain yang dinyatakan itu;
(d)
menghendaki penerbitnya supaya membuat apa-apa deposit sebanyak amaun dan mengikut apa-apa cara sebagaimana ditetapkan di dalamnya sebelum apa-apa hasil penerbitan itu boleh diimport.
(3)
Jika Menteri berpuas hati bahawa penerbit mana-mana hasil penerbitan telah bertindak bersalahan dengan Akta ini atau mana-mana kaedah atau perintah yang dibuat di bawahnya atau mana-mana syarat lesen atau permit atau mana-mana undang-undang berhubungan dengan hasutan atau fitnah, maka setelah memberikan peluang kepada penerbit itu untuk menunjukkan sebab mengapa deposit yang dibuat di bawah perenggan (2)(d) tidak patut dilucuthakkan, dia boleh memerintahkan supaya deposit itu atau sebahagian daripadanya dilucut hak.
(4)
Sama ada atau tidak suatu perintah telah dibuat di bawah subseksyen (3) mahkamah boleh memerintahkan deposit itu atau apa-apa bakinya, jika ada —
(a)
dilucuthakkan jika penerbit tidak hadir di mahkamah untuk menjawab apa-apa pertuduhan jenayah atau tindakan sivil berhubungan dengan apa-apa perkara yang berkaitan dengan hasil penerbitan itu; atau
(b)
dibayar sebagai penyelesaian apa-apa penghakiman yang didapatinya terhadap penerbit yang berbangkit daripada apa-apa prosiding yang berkaitan dengan hasil penerbitan itu.
(5)
Jika deposit yang dibuat di bawah perenggan (2)(d)
diperintahkan supaya dilucut hak atau digunakan sebagai
Mesin Cetak dan Penerbitan 13
penyelesaian apa-apa ganti rugi di bawah subseksyen (3) atau (4), perintah larangan di bawah subseksyen (1) hendaklah menjadi mutlak melainkan jika penerbit membuat deposit selanjutnya sebagaimana dikehendaki oleh Menteri.
(6)
Seseorang penerbit tempatan atau asing adalah bertanggungjawab dan bertanggungan atas apa-apa tindakan berkenaan dengan apa-apa bahan yang disiarkan dalam hasil penerbitannya.
Kesalahan