Malaysia legislation
Section 8C
Seksyen 8C
Penggantungan hasil penerbitan
(2)
Jika rayuan dibuat terhadap perintah pembebasan mana-mana orang yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan berkenaan dengan apa-apa jua yang disiarkan dalam apa-apa hasil penerbitan, adalah sah bagi mahkamah yang akan mendengar rayuan itu, atas permohonan
Pendakwa Raya, memerintahkan supaya hasil penerbitan itu digantung selanjutnya sementara menanti pemberesan muktamad rayuan itu.
(3)
Mana-mana orang yang melanggar sesuatu perintah yang dibuat di bawah seksyen ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau didenda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya.
Hasil penerbitan tidak diingini boleh ditolak daripada diimport