Malaysia legislation
Section 9A
Seksyen 9A
Jika seseorang pegawai kanan berkuasa dengan munasabahnya mengesyaki bahawa sesuatu hasil penerbitan mengandungi apa-apa makalah, karikatur, fotograf, laporan, nota, tulisan, bunyi, muzik, kenyataan atau apa-apa perkara lain yang mungkin memudaratkan ketenteraman awam, kemoralan, keselamatan, atau yang mungkin menggemparkan fikiran orang ramai, atau yang mungkin berlawanan dengan mana-mana undang-undang atau yang selainnya memudaratkan atau mungkin memudaratkan kepentingan awam atau kepentingan negara, dia boleh menahan penghantarserahan hasil penerbitan itu sementara menanti keputusan Menteri untuk memperlakukannya sebagaimana yang diperuntukkan di bawah seksyen 9.