Malaysia legislation
Section 10
Seksyen 10
Tertakluk kepada subseksyen (4), mana-mana orang yang menyalahi undang-undang dan sengaja―
(2)
Subseksyen (1) terpakai kepada mana-mana harta yang diguna bagi mengadakan kemudahan pemaliman udara termasuk apa-apa
22 Undang-Undang Malaysia AKTA 307
tanah, bangunan atau kapal yang digunakan sedemikian, dan juga termasuk apa-apa radas atau kelengkapan yang digunakan sedemikian, sama ada ia berada dalam pesawat udara itu atau di tempat lain.
(3)
Tertakluk kepada subseksyen (4) dan (5), mana-mana orang yang dengan sengaja menyampaikan apa-apa maklumat yang palsu, mengelirukan atau memperdayakan mengeni sesuatu butir yang material, di mana penyampaian maklumat itu membahayakan keselamatan pesawat udara sedang dalam penerbangan atau mungkin membahayakan keselamatan pesawat udara sedang dalam penerbangan melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
(4)
Menjadi suatu pembelaan bagi seseorang yang dipertuduh atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (3) untuk membuktikan―
(a)
bahawa dia mempercayai, dan mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai, bahawa maklumat itu adalah benar; atau
(b)
bahawa, apabila maklumat itu disampaikan olehnya, dia telah bekerja dengan sahnya untuk melaksanakan tugasnya yang mengandungi atau termasuk penyampaian maklumat itu dan bahawa dia menyampaikan maklumat itu dengan suci hati dalam pelaksanaan tugas itu.
(5)
Subseksyen (1) dan (3) tidak tepakai kepada pelakuan apa-apa tindakan melainkan jika tindakan itu dilakukan di Malaysia ataupun, tindakan itu dilakukan di luar Malaysia―
(a)
orang yang melakukan tindakan itu ialah warganegara
Malaysia;
(b)
pelakuan tindakan itu membahayakan atau mungkin membahayakan keselamatan dalam penerbangan suatu pesawat udra awam yang didaftarkan di Malaysia atau dicatar melalui demis kepada seorang penerima pajak yang mempunyai tempat urusan utamanya atau, jika dia tidak mempunyai tempat urusan, tempat kediamannya yang tetap ialah di Malaysia;
Kesalahan-Kesalahan Penerbangan 23
(c)
tindakan itu dilakukan dalam pesawat udara awam yang didaftarkan atau dicatarkan sedemikian; atau
(d)
tindakan itu dilakukan dalam pesawat udara awam yang mendarat di Malaysia dengan orang yang melakukan tindakan itu masih berada dalam pesawat udara itu.
(6)
Subseksyen (1) tidak terpakai kepada mana-mana tindakan yang dilakukan di luar Malaysia dan dilakukan sedemikian berhubungan dengan harta yang terletak di luar Malaysia dan tidak digunakan bagi mengadakan kemudahan pemaliman udara berkaitan dengan pemaliman udara antarabangsa, melainkan jika orang yang melakukan tindakan itu ialah warganegara Malaysia.
(7)
Dalam seksyen ini, ―pesawat udara awam‖ ertinya mana-mana pesawat udara selain pesawat udara yang digunakan dalam perkhidmatan tentera, kastam atau polis.
Tindakan keganasan berhubung dengan lapangan terbang yang menyediakan penerbangan awam antarabangsa