Malaysia legislation

Section 10A

of *AKTA KESALAHAN-KESALAHAN PENERBANGAN 1984

Seksyen 10A

(a)

melakukan suatu tindakan keganasan terhadap seseorang di lapangan terbang yang menyediakan penerbangan awam antarabangsa yang menyebabkan atau yang berkemungkinan menyebabkan kecederaan serius atau kematian; atau

(b)

memusnahkan atau merosakkan dengan serius apa-apa kemudahan sesuatu lapangan terbang yang menyediakan penerbangan awam antarabangsa atau pesawat udara yang tidak dalam perkhidmatan yang terletak di lapangan terbang itu atau mengganggu perkhidmatan lapangan terbang itu,

24 Undang-Undang Malaysia AKTA 307

dan tindakan itu membahayakan atau berkemungkinan membahayakan keselamatan di lapangan terbang itu.

(2)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan oleh subseksyen (3), subseksyen (1) terpakai sama ada apa-apa tindakan yang disebut dalam subseksyen (1) dilakukan di Malaysia atau di tempat lain, tidak kira apa jua pun Negara pendaftaran pesawat udara itu atau tidak kira apa jua kerakyatan atau kewarganegaraan orang yang melakukan tindakan itu.

(3)

Subseksyen (1) tidak terpakai bagi apa-apa tindakan yang dilakukan berhubung dengan pesawat udara yang digunakan dalam perkhidmatan tentera, kastam atau polis melainkan jika—

(a)

tindakan itu dilakukan di Malaysia; atau

(b)

tindakan itu dilakukan di luar Malaysia, orang yang melakukan tindakan itu ialah warganegara Malaysia.