Malaysia legislation
Section 16
Seksyen 16
(2)
Jika *Akta Ekstradisi 1992 terpakai menurut subseksyen (1), ia hendaklah berkuat kuasa seolah-olah jenayah ekstradisi dalam erti
Akta itu masing-masing hanyalah kesalahan di bawah Akta ini dan percubaan melakukan kesalahan itu.
(3)
Bagi maksud *Akta Ekstradisi 1992 apa-apa tindakan, di mana jua dilakukan, yang―
(a)
menjadi suatu kesalahan di bawah Akta ini atau percubaan melakukan suatu kesalahan itu, atau akan menjadi suatu kesalahan atau percubaan jika tidak kerana subseksyen 7(2), subseksyen 9(4), atau subseksyen 10(5) atau (6); dan
(b)
menjadi suatu kesalahan terhadap undang-undang mana-mana Negara yang berkenaan dengannya *Akta Ekstradisi 1992 telah terpakai, hendaklah disifatkan menjadi suatu kesalahan mengikut bidang kuasa
Negara itu.
Pindaan Jadual