Malaysia legislation
Section 2
Seksyen 2
Tafsiran
(a)
berhubungan dengan Bahagian III, Konvensyen mengenai
Penindasan Penyitaan Pesawat Udara dengan Menyalahi
Undang-Undang yang ditandatangani di Hague pada 16
Disember 1970;
(b)
berhubungan dengan Bahagian IV, Konvensyen mengenai
Penindasan
Tindakan-Tindakan dengan
Menyalahi
Undang-Undang terhadap Kesalahan Penerbangan Awam, yang ditandatangani di Montreal pada 23 September 1971;
―Konvensyen Tokyo‖ ertinya Konvensyen mengenai Kesalahan-Kesalahan dan Tindakan-Tindakan lain Tertentu yang Dilakukan
Kesalahan-Kesalahan Penerbangan 9
dalam Pesawat Udara, yang ditandatangani di Tokyo pada 14 September 1963;
―menyalahi undang-undang‖ ―
(a)
berhubungan dengan perlakuan sesuatu tindakan di dalam
Malaysia ertinya suatu kesalahan yang terkandung di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di
Malaysia; dan
(b)
berhubungan dengan pelakuan sesuatu tindakan di luar
Malaysia, ertinya pelakuan tindakan yang sepatutnya menjadi suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia sekiranya ia dilakukan di Malaysia;
―negara Konvensyen‖ ertinya suatu negara yang telah diisytiharkan oleh Menteri, melalui pemberitahuan yang disiarkan dalam Warta, yang telah meratifikasi atau mengikut serta dalam Konvensyen
Tokyo, dan belum lagi diisytiharkan sedemikian sebagai telah menolak Konvensyen Tokyo;
―pegawai konsular‖ ertinya seorang pegawai konsular Malaysia dan termasuk konsul besar, konsul, pro-konsul dan ejen konsular
Malaysia;
―mendarat‖ termasuk turun di atas air;
―pengendali‖, berhubungan dengan mana-mana pesawat udara pada bila-bila masa, ertinya orang yang pada masa itu menguruskan pesawat udara itu;
―perkhidmatan tentera‖ termasuk perkhidmatan tentera laut dan tentera udara;
―pesawat udara‖ ertinya mana-mana pesawat udara, sama ada pesawat udara kawalan Malaysia ataupun tidak, selain―
(a)
pesawat udara tentera; atau 10 Undang-Undang Malaysia AKTA 307
(b)
pesawat udara yang, bukannya pesawat udara tentera, digunakan khususnya dalam perkhidmatan Kerajaan;
―pesawat udara tentera‖ ertinya pesawat udara kepunyaan tentera laut, tentera darat atau tentera udara mana-mana negara;
―pesawat udara kawalan Malaysia‖ ertinya pesawat udara―
(a)
yang pada masa itu didaftarkan di Malaysia; atau
(b)
yang, buat pada masa itu didaftarkan di suatu negara lain, adalah pada masa itu dicatarkan dengan cara demis kepada seseorang yang, atau kepada orang yang setiap seorangnya, mematuhi kehendak yang berikut, iaitu―
(i)
bahawa dia adalah orang yang layak menjadi empunya bagi kepentingan undang-undang atau benefisial pesawat udara yang didaftarkan di
Malaysia; dan
(ii)
bahawa dia bermastautin atau ada tempat urusan utamanya di Malaysia;
―tindakan keganasan‖ ertinya―
(a)
apa-apa tindakan yang dilakukan di Malaysia yang menjadi kesalahan sebagaimana dinyatakan dalam Jadual;
dan
(b)
apa-apa tindakan yang dilakukan di luar Malaysia yang, jika dilakukan di Malaysia, akan menjadi suatu kesalahan sebagaimana disebutkan dalam perenggan (a).
(2)
Bagi maksud Bahagian II, tempoh pesawat udara berada dalam penerbangan hendaklah disifatkan termasuk―
(a)
apa-apa tempoh dari ketika kuasa dihidupkan bagi maksud pesawat udara naik terbang sehingga ketika landasan pendaratan, jika ada, di hujung penerbangan itu berakhir;
dan
(i)
(ii)
Kesalahan-Kesalahan Penerbangan 11
(b)
bagi maksud seksyen 5―
(i)
apa-apa tempoh lanjutan dari ketika apabila semua pintu luar, jika ada, pesawat udara itu adalah ditutup berikutan naik ke kapal bagi sesuatu penerbangan sehingga ketika mana-mana pintu itu dibuka untuk turun kapal selepas penerbangan itu;
(ii)
jika pesawat udara membuat pendaratan paksa, apa-apa tempoh selepasnya sehingga masa apabila pihak berkuasa kompeten bagi negara di mana pendaratan paksa berlaku mengambil alih tanggungjawab bagi pesawat udara dan bagi orang dan harta dalam pesawat udara, jika pendaratan paksa itu berlaku di Malaysia, masa apabila seorang pegawai polis tiba di tempat pendaratan, dan apa-apa sebutan dalam Akta ini mengenai pesawat udara dalam penerbangan hendaklah termasuk sebutan mengenai pesawat udara dalam apa-apa tempoh apabila ia berada di permukaan laut atau darat tetapi tidak berada di dalam had wilayah mana-mana negara.
(3)
Bagi maksud Bahagian III dan IV―
(a)
tempoh semasa pesawat udara berada dalam penerbangan hendaklah disifatkan termasuk apa-apa tempoh dari ketika semua pintu luarnya ditutup berikutan naik ke kapal sehingga ketika apabila mana-mana pintu itu dibuka untuk turun kapal dan, dalam hal pendaratan paksa, mana-mana tempoh sehingga pihak berkuasa yang kompeten mengambil alih tanggungjawab bagi pesawat udara dan bagi orang dan harta dalam pesawat udara; dan
(b)
pesawat udara hendaklah dianggap sebagai dalam khidmat semasa keseluruhan tempoh yang bermula dengan persediaan pesawat udara sebelum penerbangan bagi sesuatu penerbangan dan berakhir dua puluh empat jam selepas pesawat udara mendarat setelah menamatkan penerbangan itu, dan tempoh itu hendaklah dalam apa-apa
(i)
(ii)
12 Undang-Undang Malaysia AKTA 307
hal termasuk keseluruhan tempoh semasa pesawat udara itu berada dalam penerbangan sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan (a).
(4)
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain, apa-apa sebutan mengenai negara atau had wilayahnya hendaklah diertikan sebagai termasuk sebutan mengenai perairan wilayah, jika ada, negara tersebut.