Malaysia legislation
Section 4
Seksyen 4
Bagi maksud pemakaian *Akta Ekstradisi 1992 [Akta 479] bagi jenayah yang dilakukan dalam pesawat udara dalam penerbangan, mana-mana pesawat udara yang didaftarkan di negara Konvensyen hendaklah, pada bila-bila masa apabila pesawat udara itu berada dalam penerbangan, disifatkan berada dalam bidang kuasa negara itu, sama ada atau tidak ia adalah pada masa itu juga berada dalam bidang kuasa mana-mana negara lain.