Malaysia legislation
Section 5
Seksyen 5
Kuasa komander pesawat udara
(2)
Jika komander sesuatu pesawat udara dalam penerbangan, di mana saja pesawat udara itu berada, mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai berkenaan dengan mana-mana orang dalam pesawat udara―
(a)
bahawa orang yang berkenaan itu telah melakukan atau sedang hendak melakukan apa-apa tindakan dalam pesawat udara itu semasa berada dalam penerbangan yang mengancam atau mungkin mengancam―
*Catatan― Akta ini menggantikan Ordinan Ekstradisi 1958 [Ord. 2 Tahun 1958] dan Akta Penjenayah
Fugitif Komanwel 1967 [Akta 54 Tahun 1967]–lihat seksyen 54 Akta 479.
14 Undang-Undang Malaysia AKTA 307
(i)
keselamatan pesawat udara atau orang atau harta dalam pesawat udara; atau
(ii)
ketertiban dan disiplin dalam pesawat udara; atau
(b)
bahawa orang berkenaan itu telah melakukan dalam pesawat udara itu semasa berada dalam penerbangan apa-apa tindakan yang pada pendapat komander adalah suatu kesalahan yang serius di bawah mana-mana undang-undang yang berkuat kuasa di negara di mana pesawat udara itu didaftarkan, yang bukannya undang-undang yang bersifat politik atau berasaskan diskriminasi bangsa atau agama, maka, dengan tertakluk kepada subseksyen (4), komander boleh mengambil apa-apa langkah yang munasabah terhadap orang itu, termasuk menghalang diri orang itu, sebagaimana perlu―
(i)
untuk menjaga keselamatan pesawat udara atau orang atau harta dalam pesawat udara;
(ii)
untuk menjaga ketertiban dan disiplin dalam pesawat udara; atau
(iii)
untuk membolehkan komander turun kapal atau menghantar serah orang itu mengikut subseksyen (5), dan, bagi maksud perenggan (b), mana-mana pesawat udara kawalan
Malaysia hendaklah disifatkan didaftarkan di Malaysia sama ada atau tidak ia sebenarnya didaftarkan sedemikian dan sama ada atau tidak ia sebenarnya didaftarkan sedemikian di suatu negara lain.
(3)
Mana-mana anggota kru pesawat udara dan mana-mana orang lain dalam pesawat udara boleh, atas permintaan atau dengan kuasa komander pesawat udara itu, dan mana-mana anggota itu hendaklah jika dikehendaki sedemikian oleh komander itu, memberi bantuan dalam menghalang mana-mana orang yang komander berhak di bawah subseksyen (2) untuk menghalang; dan pada bila-bila masa apabila pesawat udara berada dalam penerbangan mana-mana orang itu atau orang lain boleh, tanpa mendapat kebenaran daripada
(i)
(ii)
(iii)
Kesalahan-Kesalahan Penerbangan 15
komander, mengambil apa-apa langkah seperti yang disebutkan dalam subseksyen (2) terhadap mana-mana orang yang berada dalam pesawat udara yang dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai adalah perlu dengan segera untuk melindungi keselamatan pesawat udara atau orang atau harta dalam pesawat udara.
(4)
Apa-apa halangan yang dikenakan ke atas mana-mana orang dalam pesawat udara di bawah kuasa yang diberikan di bawah seksyen ini tidaklah boleh diteruskan selepas masa apabila pesawat udara itu mula-mula terhenti berada dalam penerbangan melainkan sebelum atau sebaik sahaja dapat dilakukan dengan munasabahnya selepas masa itu komander pesawat udara menyebabkan diberitahu akan hal orang yang berada dalam pesawat udara sedang dihalang dan sebab-sebabnya dihantar kepada pihak berkuasa yang berkenaan negara di mana pesawat udara itu terhenti berada dalam penerbangan, tetapi dengan tertakluk kepada pemberitahuan yang sedemikian itu, penghalangan itu boleh diteruskan selepas masa itu―
(a)
bagi apa-apa tempoh, termasuk tempoh apa-apa penerbangan lanjutan, di antara masa itu dan kejadian pertama selepasnya apabila komander itu dibolehkan dengan apa-apa persetujuan yang dikehendaki oleh pihak berkuasa berkenaan untuk mendarat atau menghantar serah orang yang sedang dihalang mengikut subseksyen (5); atau
(b)
jika orang yang sedang dihalang bersetuju untuk meneruskan perjalanannya dalam keadaan dihalang dalam pesawat udara itu.
(5)
Komander sesuatu pesawat udara―
(a)
jika, dalam hal mana-mana orang yang berada dalam pesawat udara, dia mempunyai alasan yang munasabah―
(i)
bagi mempercayai seperti yang disebutkan dalam perenggan (2)(a); dan 16 Undang-Undang Malaysia AKTA 307
(ii)
bagi mempercayai bahawa adalah perlu supaya dapat menjaga keselamatan pesawat udara atau orang atau harta dalam pesawat udara atau menjaga ketertiban dan disiplin dalam pesawat udara, boleh menurunkan orang itu di mana-mana negara yang pesawat udara itu berada; dan
(b)
jika, dalam hal mana-mana orang dalam pesawat udara, dia mempunyai alasan yang munasabah bagi mempercayai sebagaimana yang disebutkan dalam perenggan (2)(b), boleh menghantar serah orang itu―
(i)
dalam Malaysia kepada seorang pegawai polis atau pegawai imigresen; atau
(ii)
dalam mana-mana negara lain yang adalah negara
Konvensyen, kepada seorang pegawai yang mempunyai tugas bersamaan dengan tugas pegawai polis atau pegawai imigresen di Malaysia.
(6)
Komander sesuatu pesawat udara―
(a)
jika dia menurunkan mana-mana orang mengikut perenggan (5)(a) dalam hal pesawat udara kawalan
Malaysia, dalam mana-mana negara atau, dalam hal mana-mana pesawat udara lain, di Malaysia, hendaklah melaporkan hal itu, dan sebabnya, penurunan itu kepada pihak berkuasa yang berkenaan di negara yang diturunkan; dan
(b)
jika dia bertujuan untuk menghantar serah mana-mana orang mengikut perenggan (5)(b) di Malaysia atau, dalam hal pesawat udara kawalan Malaysia, dalam mana-mana negara lain yang adalah negara Konvensyen, hendaklah sebelum atau sebaik sahaja dapat dilakukan dengan munasabahnya selepas pendaratan memberitahu tujuannya dan sebabnya, di negara yang berkenaan di Malaysia, kepada pegawai polis atau pegawai imigresen atau, dalam
Kesalahan-Kesalahan Penerbangan 17
hal mana-mana negara lain yang adalah negara
Konvensyen, kepada seorang pegawai yang mempunyai tugas bersamaan dengan tugas pegawai polis atau pegawai imigresen di Malaysia, dan mana-mana komander pesawat udara yang tanpa sebab yang munasabah gagal mematuhi kehendak subseksyen ini melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi satu ribu ringgit.
Peruntukan mengenai keterangan berkaitan dengan pesawat udara