Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA KESALAHAN-KESALAHAN PENERBANGAN 1984

Seksyen 6

(a)

di dalam Malaysia yang telah dibuat sedemikian di hadapan atau semasa ketiadaan orang yang dipertuduh atas kesalahan itu dan di hadapan Hakim Mahkamah

Sesyen atau Majistret; atau

(b)

di luar Malaysia yang telah dibuat sedemikian di hadapan atau dengan ketiadaan orang yang dipertuduh atas kesalahan itu dan di hadapan pegawai konsular atau pegawai kehakiman mana-mana negara asing.

(2)

Mana-mana deposisi itu hendaklah disahkan dengan tandatangan Hakim Mahkamah Sesyen, Majistret, pegawai konsular atau pegawai kehakiman yang di hadapannya deposisi itu dibuat yang hendaklah memperakui bahawa orang yang dipertuduh atas kesalahan itu hadir atau tidak hadir pada masa pengambilan deposisi itu.

18 Undang-Undang Malaysia AKTA 307

(3)

Tidaklah perlu dalam mana-mana prosiding untuk membuktikan tandatangan atau tugas rasmi orang yang didapati telah mengesahkan mana-mana deposisi itu atau telah memberi perakuan itu, dan perakuan tersebut hendaklah, melainkan dibuktikan sebaliknya, menjadi keterangan yang mencukupi dalam mana-mana prosiding yang orang dipertuduh atas kesalahan itu hadir atau tidak hadir, mengikut mana yang berkenaan, pada masa pengambilan deposisi itu.

(4)

Jika aduan dibuat kepada pegawai konsular bahawa apa-apa kesalahan telah dilakukan dalam pesawat udara kawalan Malaysia semasa dalam penerbangan di tempat lain selain dari di Malaysia atau melintasi Malaysia, pegawai itu boleh menyiasati kes itu atas sumpah.

(5)

Dalam seksyen ini―

(a)

ungkapan ―deposisi‖ termasuk apa-apa affidavit, ikrar atau pernyataan yang dibuat atas sumpah; dan

(b)

ungkapan ―sumpah‖ termasuk ikrar atau akuan dalam hal orang-orang yang dibenarkan oleh undang-undang untuk membuat ikrar atau akuan daripada mengangkat sumpah, dan tiada apa-apa jua dalam seksyen ini boleh menjejaskan kebolehterimaan sebagai keterangan mana-mana deposisi yang boleh diterima sebagai keterangan selain seksyen ini.