Malaysia legislation
Section 8
Seksyen 8
Apa-apa tindakan keganasan terhadap penumpang atau kru mana-mana pesawat udara sedang dalam penerbangan yang dilakukan oleh mana-mana orang yang berkaitan dengan kesalahan penghijakan yang dilakukan atau cuba dilakukan olehnya dalam pesawat udara itu hendaklah disifatkan telah dilakukan di Malaysia dan hendaklah menjadi suatu kesalahan yang boleh dihukum di bawah undang-undang yang berkuat kuasa di Malaysia yang terpakai kepadanya, di mana jua tindakan keganasan itu telah dilakukan, tidak kira Negara pendaftaran pesawat udara itu dan tidak kira kerakyatan atau kewarganegaraan orang yang melakukan tindakan itu.
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 307