Malaysia legislation
Section 9
Seksyen 9
(a)
memusnahkan pesawat udara dalam khidmat atau merosakkan pesawat udara itu hingga menjadikannya tidak berkeupayaan untuk melakukan penerbangan atau mungkin membahayakan keselamatannya dalam penerbangan; atau
(b)
melakukan dalam pesawat udara sedang dalam penerbangan apa-apa tindakan keganasan yang mungkin membahayakan keselamatan pesawat udara itu, melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini.
(2)
Tertakluk kepada subseksyen (4), mana-mana orang yang menyalahi undang-undang dan dengan sengaja meletakkan atau menyebab diletakkan dalam pesawat udara dalam khidmat apa-apa alat atau bahan yang mungkin memusnahkan pesawat udara itu atau mungkin memusnahkannya hingga menjadikannya tidak berkeupayaan untuk melakukan penerbangan atau mungkin membahayakan keselamatannya dalam penerbangan adalah melakukan suatu kesalahan di bawah Akta ini, tetapi tiada apa-apa
Kesalahan-Kesalahan Penerbangan 21
jua dalam subseksyen ini boleh diertikan sebagai menghadkan hal keadaan yang baginya mana-mana tindakan dilakukan―
(a)
boleh menjadi suatu kesalahan di bawah subseksyen (1);
atau
(b)
boleh menjadi percubaan atau berkomplot untuk melakukan atau bersubahat melakukan kesalahan tersebut.
(3)
Kecuali sebagaimana diperuntukkan oleh subseksyen (4), subseksyen (1) dan (2) terpakai sama ada mana-mana tindakan yang tersebut di dalamnya itu dilakukan di Malaysia atau di tempat lain, tidak kira Negara pendaftaran pesawat udara itu atau tidak kira kerakyatan atau kewarganegaraan orang yang melakukan tindakan itu.
(4)
Subseksyen (1) dan (2) tidak terpakai kepada apa-apa tindakan yang dilakukan berhubungan dengan pesawat udara yang digunakan dalam perkhidmatan tentera, kastam atau polis melainkan jika―
(a)
tindakan itu dilakukan di Malaysia atau melintasi
Malaysia; dan
(b)
tindakan itu dilakukan di luar Malaysia, orang yang melakukan tindakan itu ialah warganegara Malaysia.
Tindakan lain yang membahayakan atau mungkin membahayakan keselamatan pesawat udara