Malaysia legislation
Section 11
of *AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985
Seksyen 11
(2)
Lembaga Penasihat hendaklah, apabila selesai membuat setiap kajian semula di bawah seksyen ini, mengemukakan kepada Menteri, sebelum tempoh tahanan atau sekatan itu habis tempoh, suatu laporan bertulis mengenai setiap kajian semula itu.
(3)
Jika Lembaga Penasihat telah melaporkan bahawa pada pendapatnya tahanan atau sekatan itu patut dihentikan, Menteri hendaklah membatalkan perintah tahanan atau perintah sekatan itu.
(4)
Jika Lembaga Penasihat telah melaporkan bahawa pada pendapatnya tahanan atau sekatan itu patut diteruskan, Menteri boleh meneruskan tahanan atau sekatan orang yang berkenaan.
Kuasa Menteri melanjutkan perintah tahanan, perintah sekatan, atau perintah tahanan yang digantung