Malaysia legislation
Section 11A
of *AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985
Seksyen 11A
(a)
suatu perintah tahanan yang dibuat di bawah subseksyen 6(1);
(b)
sesuatu perintah sekatan yang dibuat di bawah subseksyen 6(3); atau
(c)
sesuatu perintah tahanan yang digantung di bawah subseksyen 7(1) (kemudian daripada ini disebut “perintah tahanan yang digantung”), habis tempoh, mengarahkan supaya jangka masa perintah itu dilanjutkan selama suatu tempoh selanjutnya, yang tidak melebihi dua tahun, sebagaimana yang ditentukan olehnya, bermula sebaik sahaja jangka masa semasa pada waktu itu habis tempoh, dan jika Menteri mengarahkan sedemikian dia hendaklah menyatakan dalam arahan itu alasan bagi perlanjutan itu dan menyatakan sama ada alasan itu—
20 Undang-Undang Malaysia AKTA 316
(aa) sama dengan alasan yang atasnya perintah itu dibuat asalnya;
(bb) berlainan daripada alasan yang atasnya perintah itu dibuat asalnya; atau
(cc)
sebahagiannya alasan yang sama dan sebahagiannya alasan yang berlainan.
(2)
Jika jangka masa sesuatu perintah tahanan yang digantung dilanjutkan di bawah subseksyen (1), jangka masa arahan bagi penggantungan di bawah subseksyen 7(1) hendaklah disifatkan telah dilanjutkan selama jangka masa perlanjutan perintah tahanan yang digantung itu bersama dengan sekatan dan syarat yang dikenakan berkenaan dengan penggantungan itu, tertakluk, jika Menteri mengarahkan sedemikian, kepada kehendak bahawa orang yang terhadapnya perintah tahanan itu dibuat hendaklah mengikat suatu bon baru sebagaimana yang diperuntukkan dalam subseksyen 6(4), dan seksyen 7 hendaklah terpakai mengenai penggantungan yang dilanjutkan itu mengikut cara yang sama sebagaimana ia terpakai mengenai penggantungan asal di bawah subseksyen 7(1).
(3)
Jika arahan di bawah subseksyen (1) bagi perlanjutan jangka masa sesuatu perintah tahanan atau sesuatu perintah tahanan yang digantung adalah atas alasan yang termasuk di bawah perenggan 1(bb)
atau (cc), seksyen 9 dan 10 hendaklah terpakai mengenai arahan itu seolah-olah arahan itu adalah suatu perintah tahanan baru.
(4)
Jika jangka masa sesuatu perintah tahanan, atau perintah sekatan, atau perintah tahanan yang digantung, yang dilanjutkan di bawah subseksyen (1) boleh, selepas itu, dilanjutkan lagi dari semasa ke semasa selama tempoh selanjutnya yang tidak melebihi dua tahun pada sesuatu masa, dan peruntukan seksyen ini hendaklah terpakai mutatis mutandis berhubung dengan setiap perlanjutan sedemikian.
Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah
Pencegahan Khas) 21
Kuasa Menteri membatalkan perintah tahanan, atau perintah sekatan, atau perintah tahanan yang digantung, atau arahan bagi perlanjutan mana-mana perintah sedemikian