Malaysia legislation
Section 14
of *AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985
Seksyen 14
Penzahiran maklumat
Tiada apa pun dalam Bahagian ini atau dalam mana-mana kaedah atau peraturan yang dibuat di bawahnya boleh menghendaki Menteri atau mana-mana anggota sesuatu Lembaga Penasihat atau mana-mana
Pegawai Siasatan atau mana-mana pekhidmat awam menzahirkan fakta atau mengemukakan dokumen yang penzahirannya atau pengemukaannya difikirkannya bertentangan dengan kepentingan negara.