Malaysia legislation
Section 17
of *AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985
Seksyen 17
(2)
Mana-mana pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor boleh—
(a)
melawat mana-mana tempat yang disebut dalam subseksyen 6(2) bagi maksud mengambil cap jari dan
Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah
Pencegahan Khas) 25
gambar foto mana-mana orang yang ditahan di dalamnya dan mendapatkan butir-butir lain mengenai orang itu sebagaimana yang ditetapkan atau sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan pendaftaran orang itu di bawah subseksyen (1);
(b)
melalui notis bertulis mengarahkan supaya mana-mana orang sekatan hadir di hadapannya, pada masa dan di tempat yang dinyatakan di dalam notis itu, bagi maksud mengambil cap jari dan gambar foto orang itu dan mendapatkan butir-butir lain mengenai orang itu sebagaimana yang ditetapkan atau sebagaimana yang perlu bagi melaksanakan pendaftaran orang itu di bawah subseksyen (1).
(3)
Mana-mana orang yang, apabila dikehendaki oleh seorang pegawai polis yang berpangkat tidak rendah daripada Inspektor supaya memberikan butir-butir yang disebut dalam perenggan (2)(a) atau (b), enggan memberikan apa-apa butir itu atau memberikan apa-apa butir yang dia tahu atau mempunyai sebab mempercayai adalah palsu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda yang tidak melebihi dua ratus lima puluh ringgit atau dipenjarakan selama tempoh yang tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.
(4)
Jika mana-mana orang tidak hadir sebagaimana yang diarahkan di bawah perenggan (2)(b), pegawai polis yang mengeluarkan notis itu boleh menyebabkan dia ditangkap tanpa waran oleh mana-mana pegawai polis dan dibawa ke hadapannya bagi maksud yang dinyatakan dalam subseksyen itu.
Penghapusan nama dari daftar