Malaysia legislation
Section 21
of *AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985
Seksyen 21
Peruntukan mengenai cap jari dan gambar foto
(2)
Mana-mana orang yang, semasa terikat di sisi undang-undang di bawah subseksyen (1) supaya patuh kepada pengambilan cap jarinya dan gambar fotonya, enggan atau tidak patuh kepadanya apabila diminta melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi dua ratus lima puluh ringgit atau dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi satu bulan atau kedua-duanya.
(3)
Jika nama mana-mana orang dihapuskan dari daftar di bawah subseksyen 18(1) atau (2), Pendaftar boleh, atas permohonan orang itu, menghantar serah kepadanya lembaran yang di atasnya cap jari orang itu telah dibuat, berserta negatif dan semua salinan apa-apa gambar foto orang itu yang telah diambil dan dihantar kepada Pendaftar di bawah seksyen ini; dan jika tiada permohonan sedemikian diterima dalam masa tiga bulan dari tarikh penghapusan itu Pendaftar hendaklah memusnahkan lembaran itu dan setiap negatif dan gambar foto itu.
Kuasa membuat peraturan-peraturan