Malaysia legislation

Section 6

of *AKTA DADAH BERBAHAYA (LANGKAH-LANGKAH PENCEGAHAN KHAS) 1985

Seksyen 6

Kuasa memerintahkan tahanan dan sekatan orang

(a)

laporan lengkap penyiasatan yang dikemukakan di bawah subseksyen 3(3); dan

(b)

laporan Pegawai Siasatan yang dikemukakan di bawah subseksyen 5(4), berpuas hati berkenaan dengan mana-mana orang bahawa orang itu pernah ada atau sedang ada kaitan dengan apa-apa aktiviti yang berhubungan dengan atau yang melibatkan pengedaran dadah berbahaya, Menteri boleh, jika dia berpuas hati bahawa bagi kepentingan ketenteraman awam orang itu perlu ditahan, melalui perintah (kemudian daripada ini disebut “perintah tahanan”)

mengarahkan supaya orang itu ditahan selama suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun.

(2)

Setiap orang yang ditahan menurut sesuatu perintah tahanan hendaklah ditahan di suatu tempat (kemudian daripada ini disebut

“tempat tahanan”) sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dan menurut apa-apa arahan yang dikeluarkan oleh Menteri dan mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 22.

(3)

Jika Menteri berpuas hati bahawa bagi maksud yang disebut dalam subseksyen (1) kawalan dan pengawasan perlu dibuat ke atas

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 316

mana-mana orang atau bahawa sekatan dan syarat harus dikenakan ke atas orang itu berkenaan dengan aktivitinya, kebebasannya bergerak atau tempat kediamannya atau tempat kerjanya, tetapi tidak perlu menahan orang itu bagi maksud itu, Menteri boleh membuat perintah

(kemudian daripada ini disebut “perintah sekatan”) mengenakan ke atas orang itu (kemudian daripada ini disebut “orang sekatan”) semua atau mana-mana daripada sekatan dan syarat yang berikut:

(a)

bahawa dia hendaklah tertakluk pada pengawasan polis selama suatu tempoh yang tidak melebihi dua tahun;

(b)

bahawa dia hendaklah tinggal di dalam sesebuah Negeri atau di mana-mana Wilayah Persekutuan atau mana-mana kawasannya yang dinyatakan di dalam perintah sekatan itu;

(c)

bahawa dia tidak boleh menukar kediamannya ke mana-mana kawasan lain tanpa kebenaran bertulis Ketua Pegawai

Polis Negeri atau Wilayah Persekutuan yang berkenaan;

(d)

bahawa kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya oleh perintah sekatan itu, dia tidak boleh meninggalkan kawasan di mana dia tinggal tanpa kebenaran bertulis Ketua Pegawai

Polis Negeri atau Wilayah Persekutuan yang berkenaan;

(e)

bahawa dia hendaklah sentiasa memastikan Pegawai

Penjaga Daerah Polis di mana dia tinggal tahu rumah atau tempat tinggalnya;

(f)

bahawa dia hendaklah pada waktu atau waktu-waktu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu menghadirkan diri di balai polis yang hampir sekali;

(g)

bahawa dia hendaklah berada di dalam rumah, atau di dalam kawasan sebagaimana yang ditentukan dalam perintah sekatan itu, di antara waktu sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu, kecuali dia mendapat kebenaran khas sebaliknya daripada Pegawai

Penjaga Daerah Polis;

Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah

Pencegahan Khas) 13

(h)

bahawa kecuali setakat yang diperuntukkan selainnya oleh perintah sekatan itu, dia tidak boleh memasuki mana-mana kawasan yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu;

(ha) bahawa dia hendaklah menggunakan hanya peralatan dan kemudahan komunikasi yang diisytiharkan kepada dan diluluskan oleh Ketua Pegawai Polis Negeri atau Wilayah

Persekutuan bagi kawasan yang dia dikehendaki tinggal sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu;

(hb) bahawa melainkan jika diperuntukkan selainnya dalam perintah sekatan itu, dia tidak boleh mengakses internet;

(hc) bahawa hendaklah dipasang kepadanya suatu peranti pengawasan elektronik;

(i)

bahawa dia hendaklah menjaga keamanan dan berkelakuan baik;

(j)

bahawa dia hendaklah mengikat suatu bon, dengan atau tanpa penjamin sebagaimana yang diarahkan oleh Menteri dan sebanyak amaun sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu, bagi pematuhan wajar sekatan dan syarat yang dikenakan ke atasnya oleh perintah sekatan itu.

(3A)

Orang sekatan hendaklah dihantarkan oleh polis, dan hendaklah berada dalam jagaan polis sehingga, ke tempat yang dinyatakan dalam perintah sekatan itu.

(4)

Setiap perintah sekatan hendaklah terus berkuat kuasa selama tempoh, yang tidak melebihi dua tahun, sebagaimana yang dinyatakan di dalamnya, dan boleh mengandungi suatu arahan oleh Menteri supaya orang yang berkenaan dengannya perintah itu dibuat hendaklah mengikat suatu bon dengan atau tanpa penjamin dan dengan apa-apa jumlah wang sebagaimana yang dinyatakan bagi pematuhan wajar sekatan dan syarat yang dikenakan ke atasnya.

(5)

Sesuatu perintah tahanan di bawah subseksyen (1), atau sesuatu perintah sekatan di bawah subseksyen (3), boleh dibuat terhadap seseorang walaupun sebaik sahaja, atau pada bila-bila masa, sebelum dia ditangkap dan ditahan di bawah subseksyen 3(1)―

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 316

(a)

dia telah ditahan di bawah suatu perintah tahanan yang dibuat di bawah seksyen 4, atau telah menjadi tertakluk pada suatu perintah sekatan yang dibuat di bawah seksyen 4A, Ordinan atas alasan yang sama yang serupa kesemuanya atau sebahagian daripadanya dengan alasan yang atasnya perintah tahanan di bawah subseksyen (1) atau perintah sekatan di bawah subseksyen (3) akan dibuat terhadapnya; dan

(b)

dia telah dilepaskan daripada tahanan sama ada apabila jangka masa perintah tahanan tersebut yang dibuat di bawah seksyen 4 Ordinan terhadapnya habis tempoh, atau dengan apa-apa jua cara lain sebelum habis tempoh tersebut, atau dia telah terhenti daripada menjadi tertakluk pada perintah sekatan tersebut yang dibuat di bawah seksyen 4A Ordinan terhadapnya sama ada apabila jangka masa perintah sekatan itu habis tempoh, atau dengan apa-apa jua cara lain sebelum habis tempoh tersebut.

(6)

Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui notis bertulis yang disampaikan kepada seseorang yang menjadi subjek sesuatu perintah sekatan, mengubah, membatalkan atau menambah kepada apa-apa sekatan atau syarat yang dikenakan ke atas orang itu oleh perintah itu, dan sekatan atau syarat yang diubah sedemikian dan apa-apa sekatan atau syarat tambahan yang dikenakan sedemikian hendaklah, melainkan jika dibatalkan terlebih dahulu, terus berkuat kuasa bagi bahagian yang belum habis tempoh yang dinyatakan di bawah subseksyen (4) atau di bawah subseksyen 11A(1).

(7)

Mana-mana orang sekatan yang melanggar atau tidak mematuhi apa-apa sekatan atau syarat yang dinyatakan di dalam perintah sekatannya melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dipenjarkan selama suatu tempoh yang tidak melebihi lima tahun dan yang tidak kurang daripada tiga tahun.

Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah

Pencegahan Khas) 15

Perintah tahanan tidak menjadi tidak sah atau tidak berkuat kuasa atas alasan tertentu