Malaysia legislation
Section 11
Seksyen 11
(2)
Tiada lesen boleh dikeluarkan berkenaan dengan mana-mana belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut yang menyebabkan atau yang mungkin
Perikanan 23
menyebabkan apa-apa galangan kepada pelayaran atau apa-apa rintangan kepada aliran semula jadi air di perairan perikanan Malaysia atau di laut lepas.
(3)
Mana-mana orang di perairan perikanan Malaysia yang—
(a)
mengendali, atau membenarkan untuk dikendalikan, apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan, peranti mengumpul ikan atau sistem kultur laut tanpa suatu lesen berkenaan dengannya;
(b)
mempunyai di bawah kawalannya atau dalam milikannya apa-apa peralatan menangkap ikan tanpa suatu lesen berkenaan dengannya;
(c)
memasang, atau menyebabkan dipasang, apa-apa belat ikan, peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan; atau
(d)
membina atau menubuhkan apa-apa sistem kultur laut tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan, adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.
(3A)
Mana-mana orang di laut lepas yang —
(a)
mengendali, atau membenarkan untuk dikendalikan, apa-apa peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa suatu lesen berkenaan dengannya;
(b)
mempunyai di bawah kawalannya atau dalam milikannya apa-apa peralatan menangkap ikan tanpa suatu lesen berkenaan dengannya; atau
(c)
memasang, atau menyebabkan dipasang, apa-apa peralatan menangkap ikan atau peranti mengumpul ikan tanpa
24 Undang-Undang Malaysia AKTA 317
kebenaran bertulis daripada Ketua Pengarah sebelum suatu lesen berkenaan dengannya dikeluarkan, adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.
(4)
Bagi maksud subseksyen (3) dan (3A), mana-mana bahagian peralatan menangkap ikan hendaklah ditafsirkan sebagai peralatan menangkap ikan yang lengkap melainkan jika dibuktikan sebaliknya.
Tidak memulakan kendalian menangkap ikan