Malaysia legislation

Section 26

of *AKTA PERIKANAN 1985

Seksyen 26

(a)

menggunakan atau cuba menggunakan apa-apa bahan letupan, racun atau pencemar, atau apa-apa perkakas yang menggunakan arus elektrik, atau apa-apa alat yang dilarang, bagi maksud membunuh, melali, mencacatkan atau menangkap ikan, atau dengan apa jua cara lain menyebabkan ikan itu lebih senang ditangkap;

(b)

membawa atau mempunyai dalam milikannya atau di bawah kawalannya apa-apa bahan letupan, racun atau pencemar, atau apa-apa perkakas yang menggunakan arus elektrik, atau apa-apa alat yang dilarang, dengan tujuan hendak menggunakan bahan letupan, racun atau pencemar, atau perkakas, atau alat yang dilarang itu, bagi apa-apa maksud yang tersebut dalam perenggan (a); atau

(c)

mengetahui atau mempunyai sebab yang munasabah bagi mempercayai bahawa mana-mana ikan adalah spesies yang

Perikanan 39

dilarang atau telah ditangkap dengan melanggar peruntukan

Akta ini, menerima atau didapati memiliki ikan itu, adalah bersalah melakukan suatu kesalahan.

(2)

Apa-apa bahan letupan, racun atau pencemar, perkakas atau alat yang tersebut dalam subseksyen (1) yang dijumpai dalam milikan atau di bawah kawalan mana-mana orang hendaklah dianggap sebagai dicadang untuk digunakan bagi apa-apa maksud yang tersebut dalam perenggan (1)(a) melainkan jika dibuktikan sebaliknya.

Mamalia akuatik atau penyu di perairan perikanan Malaysia

Section 26 — FISHERIES ACT 1985 | mylaw.my