Malaysia legislation
Section 61
Seksyen 61
Kuasa Menteri untuk membuat peraturan-peraturan
Menteri boleh membuat peraturan-peraturan khusus atau amnya mengenai pemuliharaan, pemajuan dan pengurusan yang sempurna perikanan kelautan dan penangkapan ikan di muara dan perikanan di
Perikanan 65
perairan perikanan Malaysia dan berkenaan dengan industri yang berkaitan, mengenai pemantauan, pengawalan dan pengawasan vesel penangkapan ikan tempatan di laut lepas, mengenai pemuliharaan, pemajuan, pengurusan dan pengawalseliaan penyu di luar bidang kuasa mana-mana Negeri dalam Malaysia, dan mengenai pelaksanaan peruntukan Akta ini, termasuklah, tetapi tidak terhad kepada peraturan mengenai semua atau mana-mana daripada maksud yang berikut:
(a)
untuk menetapkan kaedah dan tatacara berkenaan dengan pelaburan modal asing dan cadangan usaha niaga bersama dalam perikanan, termasuklah prosedur untuk memindahkan teknologi dan melatih kakitangan Malaysia dengan berkesan;
(b)
untuk menetapkan bilangan, kerakyatan dan komposisi orang yang dibenarkan diambil kerja atau dibawa di atas vesel penangkapan ikan;
(c)
untuk menetapkan piawai keanggotaan bagi vesel penangkapan ikan dan untuk menubuhkan lembaga pemeriksa supaya memeriksa calon berkenaan dengan kecekapan mereka dalam piawaian itu untuk disahkan, dengan berunding dengan Ketua Pengarah Jabatan Laut;
(d)
untuk mengadakan syarat yang kena dipatuhi oleh vesel penangkapan ikan tempatan dan asing dalam perairan perikanan Malaysia, termasuklah syarat berhubung dengan penyimpanan peralatan menangkap ikannya apabila tidak digunakan, dan amnya untuk mengawal selia penjalanan kerja menangkap ikan;
(e)
untuk mengadakan peruntukan mengenai pelesenan, pengawalseliaan dan pengurusan mana-mana perikanan tertentu;
(f)
untuk menetapkan musim tertutup berkenaan dengan kawasan perikanan yang ditetapkan atau berkenaan dengan spesies ikan yang ditetapkan, atau cara menangkap ikan yang ditetapkan;
66 Undang-Undang Malaysia AKTA 317
(g)
untuk menetapkan batasan mengenai kuantiti, saiz dan berat ikan yang ditangkap dan disimpan atau diperdagangkan;
(h)
untuk menetapkan saiz mata jaring yang minimum;
(i)
untuk menetapkan kawasan menangkap ikan yang dilarang bagi menangkap semua ikan atau spesies ikan yang tertentu atau cara menangkap ikan;
(j)
tanpa menyentuh seksyen 45, untuk mengawal selia aktivti dalam taman laut dan rizab laut yang ditubuhkan di bawah