Malaysia legislation
Section 5
of *AKTA PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI (SYARIKAT PENGGANTI) 1985
Seksyen 5
Perkhidmatan Telekomunikasi (Syarikan Pengganti) 9
(a)
kepada Perbadanan; atau
(b)
kepada mana-mana orang yang berhak menghendaki supaya diterbitkan sekuriti itu berikutan pengumpukan permulaannya kepada Perbadanan.
10 Undang-Undang Malaysia AKTA 322
(2)
Menteri Kewangan tidak boleh memberi arahan di bawah subseksyen (1) pada ketika syarikat pengganti telah berhenti daripada dimiliki sepenuhnya oleh Kerajaan Malaysia.
(3)
Sekuriti yang dikehendaki diterbitkan menurut seksyen ini hendaklah diterbitkan atau diumpukkan pada masa dan atas apa-apa terma tentang pengumpukan sebagaimana yang Menteri Kewangan arahkan.
(4)
Syer yang diterbitkan menurut seksyen ini—
(a)
hendaklah mempunyai nilai nominal sebagaimana yang
Menteri Kewangan arahkan; dan
(b)
hendaklah diterbitkan sebagai dibayar penuh dan dianggap bagi maksud Akta Syarikat 1965 [Akta 125] seolah-olah ianya telah dibayar oleh sebab pembayaran nilai nominalnya kepada syarikat pengganti.
(5)
Menteri Kewangan boleh melupuskan apa-apa sekuriti yang diterbitkan atau apa-apa hak kepada sekuriti yang diumpukkan pada mulanya kepada Perbadanan menurut seksyen ini.
(6)
Apa-apa dividen atau jumlah wang lain yang diterima oleh
Perbadanan sebagai hak daripada, atau apabila pelupusan, apa-apa sekuriti atau hak yang diperoleh menurut kuasa seksyen ini hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan Wang Disatukan.
Pelaburan Kerajaan dalam sekuriti syarikat pengganti